Khamis, 1 Julai 2021

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1. BIODATA DIRI

2. CERITA SOSIAL 1

3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA

4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK

5. ASAS GRAFIK MUDAH

6. ASAS GRAFIK WARNA

7. ASAS GRAFIK TEKS

8. ASAS GRAFIK KESESUAIAN

9. ASAS GRAFIK KESEIMBANGAN

10. MUGSHOT

11. CLOSE UP

12. CERITA SOSIAL 2

13. TEORI STUBBS

14. CELIK BAHASA ISYARAT

15. BAHAN ASAS GRAFIK

16. LONGSHOT

17. MEDIUMSHOT

18. POTRAIT

19. PEMANDANGAN

20. KABUR

21. SILUET

22. OVER THE SHOULDER

23. PENDUA

24. BIRD'S EYE VIEW

25. PETA MINDA ASAS FOTOGRAFI

26. ANALISIS CERITA SOSIAL

27. DILEMA PENGEMBARA

28. ASAS FOTOGRAFI

29. NOTA TEORI ANALISIS WACANA (VANDIJK, 1977)

30. NOTA TEORI ANALISIS WACANA (FAIRCLOUGH, 1995)

31. NOTA FLATLAY

32. INSTAGRAM

33. TWITTER

34. SIMPULAN BAHASA

35. VIDEO SETEMPAT

36. VLOG HARI RAYA

37. STRATEGI KOMUNIKASI

38. ONE SHOT

39. BAB 5 (TAKSONOMI DAN PENDEKATAN STRATEGI KOMUNIKASI)

40. PANTUN 4 KERAT

41. KESILAPAN

42. KEMANUSIAAN

43. PERUBAHAN

44. KESEDARAN

45. TEKA-TEKI

46. VIDEO FOKUS

47. VIDEO SERAM

48. VIDEO TRAGEDI

49. DRAMA KOREA: REALITI ATAU FANTASI

50. ALAM SEKITAR

51. KISAH SEDIH

52. KEINDAHAN

53. SUASANA

54. MISTERI KOPI

55. RESENSI BUKU

56. TEMU BUAL

57. SEPI


Dengan ini, saya INTAN NUR AZRIENA BINTI SIFUL YAZANI @ SAIFUL YAZAN, nombor matrik 203966, mengaku bahawa segala tugasan di atas dilakukan berkat hasil usaha sendiri dan tanpa ciplak mana-mana hasil kerja orang lain. Sesungguhnya, segala tugasan di atas dilakukan bagi memenuhi tugasan BBM3410 Multimedia dalam Bahasa semester 2 sesi 2020/2021.

Rabu, 30 Jun 2021

BBM3410-2021-MINGGU 14- SEPI (INSTAGRAM)

Assalamualaikum semua. Sedar tak sedar dah masuk Minggu 14 dah saya berkongsi ilmu dan cerita saya dengan kamu semua. Sebenarnya saya sedih sedikit bila teringatkan perjuangan untuk habiskan semester 4 ini. Lagi-lagi bila situasi COVID-19 ni mengekang saya dan rakan-rakan untuk bersua, belajar bersama-sama, makan sekali, lepak lepas habis kelas. Betul, saya rindukan semua tu. Tapi bila kami belajar buat blog, buat kerja dalam kumpulan, perkara ini yang merapatkan hubungan kami meskipun kami jauh. Walaupun kami tak boleh share masalah kami selalu, tapi sekurang-kurangnya kami ada blog ini untuk menghabiskan masa. Hehehe. Bukan habiskan masa untuk apa, cuma habiskan masa untuk siapkan semua kerja-kerja. Korang jangan sedih pula ya nanti bila saya dah kurang update cerita saya dalam blog ini. InsyaAllah, saya akan selalu share fasal saya meskipun bukan berkaitan dengan Multimedia lagi. Okay?

Untuk tugasan terakhir daripada Prof. Dr. Normaliza, kami perlu membuat satu post di Instagram berkaitan dengan sepi. Hehehe sebabtu lah saya beremosi sedikit malam ni bila bercerita tentang sepi. Setahun belajar atas talian ni mengajar saya banyak benda sebenarnya. Mengajar saya menguruskan masa, membuang rasa mim alif lam sim tu hahaha, mengajar saya untuk sabar, uruskan stress dengan betul, motivasikan diri sendiri. Iyalah kan, bila duduk sorang-sorang, belajar sorang-sorang, lagi-lagi bila tengah malam dan layan lagu sedih, memang kesepian tu akan datang walaupun kita tak nak rasa tu. Nak buat macam mana kan? Tapi tak apa, setiap pertemuan akan diakhiri dengan perpisahan. Hanya kenangan yang mampu kekal hingga akhir hayat. Cewah sedih pula malam ni. 

Okay lah, saya nak kongsikan beberapa posting di Instagram kawan-kawan saya tentang sepi bagi mereka. One more thing! Kalau kalian rindukan saya, jangan lupa follow Instagram, Twitter dan Facebook saya okay? Okay okay, jom tengok di bawah! 👇




Ahad, 27 Jun 2021

BBM3410-2021-MINGGU 14-RESENSI BUKU

 


LINK YOUTUBE: https://youtu.be/fUpJI2W64Y8


Pertama kalinya saya belajar dan buat video tentang resensi buku. Pada mulanya, saya tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan resensi buku hahaha. Tapi, saya pun tengoklah video-video dari Youtube, macam mana rupa video resensi buku ni. Dari situlah saya tahu kewujudan resensi buku! Hahaha teruk betul. Kalau korang nak tahu, resensi buku ini sama macam program NILAM yang sekolah rendah dengan menengah buat tuuu. Korang ingat tak?? Cuma yang bezanya, masa zaman sekolah dulu, resensi buku ni ditulis dalam rekod NILAM dan yang saya buat ni resensi buku dalam bentuk video. Canggih kan dunia sekarang hahaha.

Resensi buku pertama saya ini, saya buat resensi tentang buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi oleh Normaliza Abd Rahim. Cukuplah tu saya merepek, jom tengok video ini untuk tahu resensi buku atau ringkasan tentang buku yang saya pilih ini. JOM!!

KREDIT:

Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi, Penerbit Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus.

BBM3410-2021-MINGGU 14-TEMU BUAL


LINK YOUTUBE: https://youtu.be/hL1C279ZfCw


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Pada minggu ke 14 ini, saya ditugaskan untuk membuat satu rakaman video temu bual. Nak tahu saya menemubual siapa dan apakah topik yang dikongsikan?


Baik, jom saya cerita sedikir berkaitan video temu bual ini. Saya telah menemubual seorang mahasiswi dari Universiti Utara Malaysia iaitu Nur Hidayah binti Suhaimi. Dia merupakan pelajar tahun 3 jurusan Bacelor of Science (Hons.) (Multimedia) dan juga merupakan Ahli Jawatankuasa dalam Kor Suksis di UUM.

Cik Hidayah juga telah berkongsi pandangannya berkaitan tajuk Efektifkah Pembelajaran Secara atas Talian kepada Mahasiswa.

Nak tahu dengan lebih lanjut apa yang kami bualkan? Jom saksikan video di atas.

KREDIT:
Nur Hidayah binti Suhaimi



Khamis, 24 Jun 2021

BBM3410-2021-MINGGU 13-SUASANA (INSTAGRAM)

Berbeza individu, pasti berbeza pendapat mereka. Bagi saya, suasana ialah satu situasi atau peristiwa yang dapat memberikan kesan kepada saya. Suasana juga dapat memberikan saya ketenangan malah memberikan kenangan yang tak terhingga. Tanpa melengahkan masa, ayuh kita tengok, suasana apa yang dimaksudkan oleh saya dan rakan-rakan saya di Instagram. Satu lagi, feel free to visit my Instagram on my wall hekhek 🎉.






BBM3410-2021-MINGGU 13-MISTERI KOPI

 


LINK YOUTUBE: https://youtu.be/d-q-toRLmD4


Misteri kopi nusantara!! Hakhakhak kelakar la pula bunyinya! Assalamualaikum dan hai guys. Korang suka minum kopi tak? Tak kisahlah kopi apa pun, asal dari keluarga adik-beradik sepupu sepapat kopi tu pun jadilah. Kalau tanya saya, saya suka kopi .......... Hehehe, nak rahsia sikit kopi apa kegemaran saya sebabnya jawapan ada dekat gambar dibawah! 


Kenapalah saya bercerita fasal kopi pula kali ini kan? Sebabnya ialah pada 22 Jun yang lepas, saya ada menyaksikan siaran langsung Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Rancangan Sembang Tamu Misteri Kopi bersama dengan Dr. Siti Nur Aliaa. Kalau korang nak tahu, Dr Aliaa juga ialah seorang pengembara wanita solo yang mengembara ke beberapa negara tauu. Cerita ini saya ada kongsikan di ruangan post yang lepas. Okay, kalau kalian nak tahu apa yang Dr. Aliaa dan rakan-rakan saya yang lain kongsikan dalam siaran langsung tersebut, jom tengok gambar di bawah dan jangan lupa tengok siaran ulangan di link di atas okay??


Khamis, 17 Jun 2021

BBM3410-2021-MINGGU 12-KEINDAHAN (INSTAGRAM)

Keindahan ialah satu kesempurnaan yang subjektif dimata manusia. Bagi saya, keindahan yang hakiki ialah keindahan yang memberikan sinar dalam kehidupan manusia. Keindahan juga tak terbatas dan hanya dapat dirasai oleh insan yang betul-betul memahami erti kehidupan. 

Hari ini, saya dan rakan-rakan telah memuat naik satu post di laman sosial Instagram kami berkaitan tema "keindahan". Saya melihat banyak idea dan pandangan dari rakan-rakan saya berkaitan keindahan pada mata mereka. 

Kalau anda nak tahu apa kata mereka tentang "keindahan", jom tengok beberapa posting dibawah. Sekiranya anda nak tahu dengan lebih lanjut, bolehlah anda lawati laman sosial Instagram saya! Nak tahu caranya? Pergi ke muka hadapan blog saya, dan cari disebelah kanan blog berkaitan Laman Sosial Saya! Jangan lupa tengok tauuuu 😉






Rabu, 9 Jun 2021

BBM3410-2021-MINGGU 11-ALAM SEMULA JADI (TWITTER)

 ALAM SEMULA JADI (TWITTER)

Tugasan kedua untuk minggu ini pula ialah bebenang Twitter yang bertemakan alam semula jadi. Sejujurnya, saya kurang post di Twitter, cuma pandai retweet jee sebelum ni hehehe. Oleh kerana Prof Normaliza suruh, dengan rela saya lakukan untuk membuat post di Twitter! HAHAHA. 

Okaylah, kali ini saya bercerita tentang alam semula jadi. Tahukan apa itu alam semula jadi? Flora, fauna, hidupan akuatik, gunung-ganang, awan, dan banyak lagi yang hasil daripada ciptaan Tuhan. Manusia pun salah satu makhluk alam tau. 

Tapi sayang, sebagai manusia yang diamanahkan oleh Tuhan sebagai khalifah di muka bumi untuk melindungi alam semula jadi, tetapi tidak bertanggungjawab. Bukan semua manusia macam tu, tapi kebanyakkannya memang macam tu. Buang sampah sarap merata, cemarkan sungai, membazir dan lebih teruk lagi ada segelintir manusia yang menghancurkan alam semula jadi semata-mata untuk duit. Terukkan manusia ni. 

Dah, tak perlu saya bercakap panjang lebar disini, jom tengok apa perkongsian dari saya dan kawan-kawan saya di Twitter tentang alam semula jadi!

BBM3410-2021-MINGGU 11-CERITA SEDIH SEBENAR (FACEBOOK)

CERITA SEDIH SEBENAR (FACEBOOK)


Setiap manusia akan ada satu cerita sedih yang akan berbekas di hati dan fikiran mereka sampai bila-bila. Saya pun tidak terlepas daripada satu kisah sedih yang tidak boleh saya lupakan dan tidak akan saya lupakan.

Jadi, kali ini Prof. Normaliza memberi tugasan kepada saya dan rakan-rakan untuk berkongsi cerita sedih mereka di Facebook. Banyak cerita sedih yang saya baca, ada juga bahagian kelakarnya, ada yang sampai kembang lubang hidung sebab tahan hingus 😂, ada juga cerita yang pernah saya lalui. 

Jom tengok gambar dibawah untuk tahu apa yang diceritakan oleh saya dan rakan-rakan saya! AYUH!!

Selasa, 8 Jun 2021

BBM3410-2021-MINGGU 11-DRAMA KOREA: REALITI ATAU FANTASI

DRAMA KOREA: REALITI ATAU FANTASI




LINK YOUTUBE: https://youtu.be/zNx2BjyJmlA


Annyeonghaseyo, je ireumeun Intan imnida! Cewahh cakap Korea kauuuuu! HAHA. Nak tahu tak kenapa hari ini saya demam bercakap Korea? Sebabnya, saya tengok siaran langsung Sembang Santai di lama sosial Dewan Bahasa dan Pustaka. Mesti tertanya-tanya kan kenapa saya tengok siaran langsung tersebut? Semestinya panel rancangan tersebut ialah Prof. Dr. Normaliza!! Kalau kalian nak tahu, Prof. Normaliza pernah duduk di Korea tahu. Prof. pun pandai cakap Korea 😂. 


Dah dah, jom tengok apa yang Prof kongsikan dalam Rancangan Sembang Santai Drama Korea: Realiti atau Fantasi!!


PERKONGSIAN DI LAMAN SOSIAL


KOMEN SEMASA SIARAN LANGSUNG



KOMEN DI LAMAN SOSIAL DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

BBM3410-2021-MINGGU 10-VIDEO FOKUS (NISKALA)

RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia 

👀 VIDEO FOKUS 👀


LINK YOUTUBE: https://youtu.be/lF5mkpMYO20

Video fokus atau dikenali sebagai video tanpa wajah ialah video yang dirakam dengan memberikan tumpuan terhadap satu-satu item atau anggota badan. Video fokus memerlukan penonton berfikir akan jalan cerita kerana tiada wajah dan tiada emosi yang kelihatan sepanjang video tersebut.

Video fokus kali ini memaparkan satu item yang menjadi fokus utama video. Nak tahu item apa? Lihat video di atas!


Kredit pensyarah: Prof Dr. Normaliza Abd Rahim


Kredit lagu                                                                                                                                                                                                                                                                              1.Atmosphere by Naoya Sakamata | https://www.youtube.com/c/NaoyaSakamataPIANOmusicChannel/

Music promoted by https://www.chosic.com/

Licensed under Creative Commons: Attribution 3.0 Unported (CC BY 3.0)

https://creativecommons.org/licenses/by/3.0/


2.Lagu: Tentang Bulan

Penyanyi-Fatin Afeefa

https://www.youtube.com/watch?v=Q1StkOeK1Ps


3. Sahabat

Penyanyi-Najwa Latif

https://www.youtube.com/watch?v=WTplvvVMBZo&t=3s

BBM3410-2021-MINGGU 10-VIDEO TRAGEDI (NISKALA)

RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia 


VIDEO TRAGEDI


LINK YOUTUBE: https://youtu.be/pvoooBtIeGE


Video yang dua pula ialah video tragedi. Kalau kalian nak tahu, video tragedi ialah video yang ada plot cerita yang dapat memberikan kesan emosi yang tinggi kepada penonton misalnya emosi sedih, gerun, murung, marah, terkejut dan emosi negatif yang lain. 

Dalam video tragedi yang dihasilkan oleh kumpulan saya, kami menghidangkan plot cerita yang dapat memberikan kesan dalam kehidupan seseorang kerana lakonan yang kami sajikan amatlah mantap dan beremosi.

Nak tahu plot apa yang kami berikan? Jom saksikan video di atas!



Kredit pensyarah: Prof Dr. Normaliza Abd Rahim

Kredit lagu

1. Tajuk lagu: Thunder Sound Effect by Minry Mariani

Link: https://youtu.be/qwCYtDhtPKM

 (https://youtu.be/qwCYtDhtPKM)


2. Tajuk lagu: Tension Rise Build Up (Build Up Sound Effects) by Tune Pocket Music Library


3. Tajuk lagu: Cinematic Suspense Riser-Sound Effect Gaming (HD) by Gaming Sound FX

Link: https://youtu.be/RVlevdbdnVU

 (https://youtu.be/RVlevdbdnVU)


4. Tajuk lagu: My All-Mariah Carey by Anwar Hamzah-Fingerstyle Cover Guitar

Link: https://youtu.be/C6UxbRgRx98 (https://youtu.be/C6UxbRgRx98)


5. Tajuk lagu: Merdunya Suara Burung di Alam Liar by Duen Cover

Link: https://youtu.be/0vsT-onYDGA


6. Tajuk lagu: Backsound Sedih (No Copyright) by Firdaus Aditya

Link: https://youtu.be/Y90KuSIAbf0


7.Female sound effect free,girl screaming,afraid screaming by Jojowelah

Link: https://youtu.be/RpdSs9gnxEc (https://youtu.be/RpdSs9gnxEc)


8.My Memory (ost Winter Sonata) by Barry Bar

Link: https://youtu.be/olzI6lsDQbc (https://youtu.be/olzI6lsDQbc)


9.Sound Effect (Langkah Kaki) by ber cerita

Link: https://youtu.be/7Vac8NbKbHE


10.20 cara kerawa by KUPI TV

Link: https://youtu.be/2ndlNbNDIuU

BBM3410-2021-MINGGU 10-VIDEO SERAM (NISKALA)

RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia 

👻 VIDEO SERAM 👻



LINK YOUTUBE: https://youtu.be/s-2aRJzfIO8


Jangan Pandang Atas Atap!!!!!!! HAHAHA. Okay okay, Assalamualaikum korang! Sihat tak harini? Saya adalah satu cerita nak kongsi dengan korang semua. Minggu ni, kumpulan kami kena berlakon tahu tak??!! Salah satu pelakonnya mestilah saya hehehe. Kali ini, saya berlakon dalam video seram. Nak tahu kisah tentang apa? Tengok lah video diatas. Rupa hantu memang menakutkan tahu tak! Tapi jangan mengigau lepas tengok video ni okay? Ambil pengajaran daripada video di atas. 

Untuk pengetahuan kalian, video seram ialah video yang berbentuk penceritaan yang memberikan kesan yang menakutkan. Video seram melibatkan entiti atau hantu dan ada juga yang tidak melibatkan entiti.



Kredit pensyarah: Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim

Kredit lagu
1. Tajuk lagu: Love - Romantic Background Music For Videos and Films by AShamaluevMusic
Penerbit lagu: AShamaluevMusic
Link : https://www.youtube.com/watch?v=p_CtUCig6LQ

2. Tajuk lagu: Sound effect Horror Intro | No copyright- Vol 1
Penerbit lagu: Hadwin Channel
Link : https://www.youtube.com/watch?v=a5nZG_lEsys

3. Tajuk lagu: Trailer Khurafat (filem)
Penerbit lagu: Fiq000s
Link: https://www.youtube.com/watch?v=AVovkB6uIoM&t=5s

4. Tajuk lagu: Background suara menakutkan
Penerbit lagu: Mudi Arti
Licence by: Creative Commons Attribution licence (reuse allowed)
Link: https://www.youtube.com/watch?v=n0-e3D8dTq4&t=30s

5. Tajuk lagu: Lagu Kahwin Kompang Dipalu Youtube
Penerbit lagi: Ibrahim Omar
Link: https://www.youtube.com/watch?v=v2ZTxugDOno

6. Tajuk lagu: Cahaya Hati (HD)
Penyanyi lagu: Opick
Penerbit lagu: Innovology
Licence by: PT. Aquarius Musikindo (on behalf of Forte Records ) CV Jawara Pustaka Musik and 8 music rights societies
Link: https://www.youtube.com/watch?v=EHHflBqjc4U

Khamis, 3 Jun 2021

BBM3410-2021-MINGGU 10-KESEDARAN (TWITTER)

Sekiranya anda melihat post saya yang terdahulu, saya ada nyatakan berkaitan perubahan. Kali ini saya akan bercerita tentang kesedaran.

Satu perubahan yang baik tidak akan berlaku sekiranya tiada kesedaran yang lahir kepada manusia. Nak tahu kenapa saya berkata begitu? Hal ini kerana, tanpa kesedaran, manusia tidak akan tahu dimana silapnya dan dimana salahnya perbuatan yang dilakukan. Mereka tidak akan menghiraukan kesilapan tersebut dan tidak terfikir untuk membetulkan kesilapannya. Oleh itu, perubahan yang kecil hanya akan terjadi sekiranya lahir rasa kesedaran dalam hati seseorang. Jadi, ambillah masa untuk menilai diri sendiri dan janganlah ambil tahu tentang orang lain secara melebih-lebih hingga merasakan diri itu sempurna. Nilai diri dan berubahlah ke arah kebaikan. Tidak semua manusia dianugerahkan sifat kesedaran ini, jadi hargailah peluang yang diberikan oleh Allah SWT untuk berubah.

Nak tahu lagi apa yang dimaksudkan dengan 'kesedaran'? Saya dan rakan-rakan telah berkongsi pendapat tentang hal ini di Twitter kami. Jom tengok dibawah untuk tahu dengan lebih lanjut!!







Kehadiran 31 Mei 2021

BBM3410-2021-MINGGU 10-PERUBAHAN (INSTAGRAM)

Perubahan membawa makna yang cukup besar namun untuk kelakukan sebuah perubahan yang besar amatlah bermakna bagi manusia. Hal ini kerana, bukan mudah untuk melakukan sesuatu perubahan. Namun ia bergantung kepada manusia itu sendiri sama ada perubahan itu adalah yang lebih baik atau lebih buruk. 
Bermadah pula saya kali ini ya? HAHAHA. Di Instagram saya, saya ada nyatakan satu lagi madah berkaitan dengan perubahan. Kawan-kawan saya pun memberikan pandangan mereka juga tentang "perubahan". Nak tahu apa kata mereka? Jom tengok dibawah 👇






Kehadiran 31 Mei 2021

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARNA 7. ASA...