RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia
💦 VIDEO SETEMPAT 💦
LINK YOUTUBE: https://youtu.be/tKRsJFl27PY
Kalian semua tahu tak apa maksud video setempat?
Video setempat ialah salah satu asas videografi dalam bahasa. Video setempat ialah video yang tidak memerlukan suntingan dan video tersebut dirakam dalam keadaan tidak beralih tempat atau kawasan semasa rakaman berlangsung. Video setempat juga dirakam dengan berlatarkan suara individu yang merakam video tersebut. Dalam video setempat, kebiasaannya individu akan membuat suatu penceritaan tentang humor dan perkara yang berlaku pada masa itu.
Video ini dirakam semasa Hari Raya Aidilfitri dan menceritakan sedikit sebanyak tentang suasana raya pada masa itu. Pada mulanya, saya membuat rangka video atau dikenali sebagai plan video agar video saya berjalan dengan lancar. Semasa tugasan ini diberikan oleh Prof. Maliza, saya berfikir untuk merakam video setempat pada Hari Raya kerana saya merasakan suasana raya lebih menarik. Oleh itu, saya tetapkan untuk merakam video kuih-kuih raya yang ada dirumah saya. Saya juga menerangkan jenis kuih raya dan menceritakan serba sedikit tentang suasana dirumah saya pada ketika itu. Latar tempat pula diruang tamu rumah dan saya duduk diatas kerusi berhadapan dengan meja kopi. Semasa rakaman itu berlangsung, saya tidak mengubah kedudukan saya dan hanya gerakan tangan yang memegang kamera sahaja digerakkan.
Nak tahu dengan lebih lanjut tentang video setempat? Jom tengok video yang saya sediakan di atas!!! 👐
Memenuhi keperluan tugasan BBM3410 Multimedia dalam Bahasa
Kredit Pensyarah: Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan