Assalamualaikum dan hai!!! Ni first time saya belajar buat blog tau dan ini adalah tugasan kerja kursus saya. Harap-harap saya istiqomah lah buat blog selalu hahaha. Pertamanya, saya Intan Nur Azriena, bernombor matrik 203966 dan boleh panggil saya Intan. Nak lagi extra, panggil Intan permata pun tak apa hahaha. Saya merupakan pelajar tahun 2 Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu) di Universiti Putra Malaysia. Sepanjang 2 tahun belajar di UPM ni, overall semuanya seronok. Tapi yang tak seronoknya bila COVID-19 ni datang menyerang. Masa mula-mula semester 3, saya rasa macam nak gila!! Kesnya apa lagi, online class lah. Tambah-tambah sem 3 tu macam rushing dan terlalu banyak assignment yang perlu disiapkan. Bukan saya je yang rasa macam ni, confirm semua student universiti rasa terbeban sangat dengan online class. Aduh aduh aduh!
Okay, kita sambung balik. Hahaha. Saya berasal dari negeri Pantai Timur iaitu Terengganu. Saya juga menetap di Kampung Losong, Kuala Terengganu. Haaaaaaaa mesti teringat keropok lekor losong kan??? Sedapnyaa makan keropok tepi Pantai Batu Buruk haha! Di Terengganu pun ada jambatan "London" tau. Cantik sangat pemandangan jambatan bila dilimpahi lampu warna-warni pada malam hari.
Pada mulanya, saya menulis blog ini atas keperluan assignment kursus Multimedia dalam Bahasa. Tapi, nak dijadikan cerita, pada hari saya menulis blog ini, macam-macam dugaan yang saya kena tempuhi. Mula-mula, masalah wayar laptop saya tercabut. Masa ni nak menangis pun ada sebab tak tahu nak baiki macam mana. Sekarang ni, saya berada di Cyber Cafe hahahaha! Rasanya ni jelah jalan terbaik untuk saya siapkan tugasan ni. Masalah kedua, saya perlu menaiki bas untuk ke Kuala Lumpur pukul 1:30 petang nanti!! Kalau saya tak datang ke Cyber Cafe ni, confirm saya tak boleh nak share cerita saya dekat kamu semua kan? Marilah kita menangisi nasib saya huhu. Tapi tak apalah,semua boleh diatur bak kata orang "Mission Possible". Nanti nak naik bas, confirm terkejar-kejar ni haha.
Inilah seketul Intan Nur Azriena yang tak berapa nak permata sangat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan