RUJUKAN: Normaliza Abd rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. kuala Nerus: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.
Dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi karya Normaliza Abd Rahim (2019), terdapat Cerita Sosial 1 yang bertajuk Nenek dan Datuk. Cerita Sosial 1 ini dapat dilihat melalui teknik penceritaan yang menarik. Terdapat watak, latar dan emosi yang sempurna ditonjolkan oleh pengkarya bagi menghasilkan sebuah penulisan penceritaan yang menarik.
Dari segi watak, dapat dilihat melalui watak:
Alim |
Watak utama. Mungkin dalam lingkungan kanak-kanak kerana dia suka bermain |
Datuk |
Ayah kepada Ibu Alim kerana datuk sebelah ibu Alim tinggal di Kajang |
Nenek |
Ibu kepada Ibu Alim kerana nenek sebelah ibu Alim tinggal di Kajang |
Abang Imran |
Abang kepada Alim |
Kak Madinah |
Kakak kepada Alim |
Aisyah |
Adik kepada Alim kerana tiada panggilan kakak. |
Bapa |
Ayah kepada Alim |
Ibu |
Ibu kepada Alim dan anak kepada Datuk dan Nenek |
Dari segi latar pula dapat dilihat melalui latar:
Latar Masa |
Menunjukkan hari: “Hari ini
Alim dan keluarga akan pulang ke kampung.” Menunjukkan tempoh: “Setelah
30 minit perjalanan, …” |
Latar Tempat |
Kajang: Rumah datuk dan nenek Reban ayam dan itik Di ruang tamu Dari dapur |
Latar Masyarakat |
Masyarakat yang mengambil
berat terhadap ibu bapa di kampung Masyarakat yang tidak lupakan
kampung halaman Masyarakat yang suka akan alam
semula jadi Masyarakat yang berkembang sejajar
dengan peredaran masa |
Seterusnya, emosi yang ditonjolkan dapat menarik perhatian pembaca seperti:
Teruja |
Alim dan keluarganya teruja untuk pulang ke kampung halaman datuk dan
nenek sebelah ibunya di Kajang. Alim juga teruja untuk melihat reban ayam dan itik di kampung. |
Sedih |
Alim sedih setelah melihat reban ayam dan itik yang disukainya tiada. Alim juga sedih setelah melihat rumah datuk dan neneknya berubah. |
Keliru |
Alim berasa keliru kerana dia melihat rumah datuk dan neneknya lain
daripada sebelum ini. |
Gembira |
Setelah Alim tahu di mana reban ayam dan itik yang baru terletak, dia
berasa gembira. Alim juga gembira kerana suasana kampug yang berlainan daripada biasa
dapat membuatkan keluarga Alim lebih rapat. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan