RUJUKAN: Normaliza Abd rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus.
A) Pendekatan Analisis Wacana secara Pra-andaian
Pra-andaian terbahagi kepada intuisi dan konteks. Intuisi bermaksud gerak hati yang mempunyai kemampuan memahami sesuatu tanpa pemikiran rasional dan intektual manakala konteks pula dianalisis berdasarkan penerimaan atau penafian, keperluan, perujukan, anafora, pengulangan, kekaburan dan penegasan.
B) Pendekatan Analisis Wacana secara EmosiEmosi merujuk kepada perasaan seseorang yang terbit akibat daripada rangsangan dalam diri atau suasana sekitar. Terdapat emosi positif seperti ketawa, gembira, teruja, emosi negatif seperti marah, geram, sedih, dan emosi bercampur hasil daripada perangai, personaliti, mood dan motivasi.
C) Pendekatan Analisis Wacana secara Nilai dan BudayaNilai dan budaya menjurus kepada individu dalam sesebuah masyarakat seperti penganalisisan melalui diri, masyarakat dan adat.
D) Pendekatan Analisis Wacana secara BudayaBahasa pula dianalisis melalui bahasa pertama atau kedua atau ketiga yang lebih dikenali sebagai dwibahasa dan tribahasa. Selain itu, dianalisis secara formal atau tidak formal mengikut situasi, kesalahan bahasa dan linguistik.
E) Pendekatan Analisis Wacana secara Inferens
Inferens juga terdiri daripada tiga aspek analisis iaitu rumusan keseluruhan yang merangkumi seluruh analisis, rumusan topik perbincangan yang merangkumi kesimpulan terhadap topik sahaja dan penutup kata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan