Khamis, 1 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2-ELEMEN ASAS GRAFIK

RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.


Grafik merupakan perkara utama dalam bidang multimedia. Grafik dapat dikatakan sebagai imej yang dibentuk menjadi paparan. Asas grafik terdiri daripada lima elemen iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan. Menurut Normaliza Abd Rahim dalam bukunya Multimedia dalam Bahasa (2019), asas grafik amat penting dalam pemilihan foto atau video kerana elemen asas grafik adalah sangat penting dalam penyampaian mesej yang berbentuk grafik.

 
A) Mudah
 

Elemen mudah dapat diertikan sebagai penglihatan audien terhadap teks atau gambaran imej yang mudah difahami. Audien juga dapat mentafsir maksud dan mesej sesuatu grafik itu tanpa sebarang kekeliruan. Misalnya video diatas, perkataan mudah yang ditulis dengan font yang besar akan memberikan kefahaman dan gambaran kepada audein tentang maksud senang, tidak susah dan sebagainya.


B) Warna 
   
Penggunaan elemen warna memainkan peranan yang penting dalam grafik. Hal ini kerana, warna dapat membangkitkan emosi dan perasaan audien disamping menonjolkan grafik imej tersebut. Sesuatu grafik yang baik seharusnya mengandungi tidak lebih dari tiga warna. Namun begitu, terdapat juga grafik yang mempunyai lebih tiga warna, bergantung kepada objektif dan mesej yang hendak disampaikan. Tamsilnya, grafik diatas menggunakan tiga warna iaitu hijau, hitam dan biru cair bagi menampakkan emosi sedap, minimalis, tenang, dan selesa.


 C) Teks
Elemen teks merujuk kepada jenis dan saiz font yang digunakan dalam sesuatu grafik. Teks juga digunakan untuk menambahkan lagi pemahaman audien terhadap grafik tersebut. Misalnya, imej landskape jalan raya dan gunung tersebut murujuk kepada bumi yang dijelaskan dalam teks.


D) Kesesuaian 
   
Kesesuaian ialah pemilihan grafik yang sesuai dengan latar iaitu latar tempat, latar masa, latar watak yang terdapat dalam sesebuah imej atau video. Secara ringkasnya, setiap watak ataupun bahan yang terkandung dalam grafik mestilah bersesuaian antara satu sama lain. Contohnya, gambar diatas menunjukkan latar tempat di sebuah stadium, latar masa pada waktu malam dan mempunyai objek bendera Malaysia. Suasana ini akan ditafsirkan oleh audien sebagai suasana Hari Merdeka.


E) Keseimbangan    
Keseimbangan dalam grafik merujuk kepada ruang kiri, kanan, atas dan bawah dalam foto atau video. Merujuk gambar diatas, keseimbangan yang diaplikasikan ialah grafik yang sama berat di ruang kiri dan kanan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARNA 7. ASA...