Rabu, 7 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-CLOSE-UP

RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.


Apakah itu close-up?

Close-up adalah satu teknik mengambil gambar atau foto yang diambil dari jarak yang dekat. Kebiasaannya, gambar yang diambil akan memfokuskan muka seseorang atau tekstur objek. Gambar yang diambil itu akan menampakkan tekstur, warna, dan bentuk secara teliti dan jelas. Close-up juga tidak terhad kepada manusia sahaja, namun dapat merangkumi pelbagai objek dan tekstur. Antaranya, close-up haiwan, tumbuh-tumbuhan dan juga objek di sekeliling kita. Sebagai contoh, close-up wajah seorang perempuan yang menampakkan tekstur kulit yang berjerawat. 


Contoh gambar close-up bagi manusia:



Model: Muhammad Harraz Lutfi

Huraian: Gambaran close-up di atas menampakkan tekstur kulit bayi yang merah dan mulus. Tambahan pula, terdapat tekstur berbintik, bulu kening dan lapisan mata bayi yang jelas kelihatan.


Model: Nur Syaidatul Husna

Huraian: Kita dapat lihat bahawa kulit wajah model ini menampakkan bekas-bekas hitam yang kecil pada pipi. Di bahagian dahi juga terdapat lekukan jerawat yang tidak begitu ketara, namun dapat dilihat melalui teknik close-up.



Model: Muhammad Aniq Fatra

Huraian: Gambar di atas jelas menunjukkan bahagian mulut, mata, rambut dan hidung model. Close-up ini menampakkan gigi model yang mengalami masalah rongak, bulu mata, bulu kening dan sebahagian rambut yang jelas dan teliti. Tambahan pula, terdapat tahi lalat di bahagian hidung sebelah kanan model.

 


Model: Nur Melati Izara

Huraian: Close-up ini menampakkan bentuk dan keadaan gigi yang jarang dan besar. Selain itu, gambar ini juga menampakkan keadaan bulu kening yang teratur, bentuk mata yang kecil dan anak mata yang hitam.


Model: Nur Hafidatul Nadia

Huraian: Gambaran close-up yang hanya memfokuskan satu bahagian muka seperti diatas iaitu close-up mata manusia. Gambar yang menunjukkan keadaan mata yang mempunyai anak mata hitam, bulu mata yang lentik disamping sebahagian bulu kening. Terdapat juga eye-patch yang mempunyai tekstur seperti kapas dibawah mata model.



 Contoh gambar close-up bagi haiwan:

Model: Burung

Huraian: Gambar burung ini tidak berapa dekat jaraknya dengan camera, namun masih menampakkan tekstur bulu burung pada bahagian bawah dan sayap. Pada bahagian kepala pula, dapat dilihat keadaan paruh, hidung dan mata burung tersebut.



Model: Ikan betta

Huraian: Kejelasan tekstur sisik ikan betta yang teratur dan bergaris serta garisan yang terdapat pada bahagian ekor amat jelas kelihatan. Tambahan pula, kehadiran buih-buih udara pada permukaan air dan rumpai juga dapat dilihat dengan jelas.



Model: Ketam nipah

Huraian: Close-up bahagian hadapan ketam menunjukkan tekstur yang bertompok putih dan lekukan pada cengkerang ketam tersebut. Tambahan pula, bentuk mata ketam yang bulat dan merah disamping anak matanya yang hitam, bulu ditepi mata dan duri pada penyepitnya jelas dapat dilihat.


Model: Lembu

Huraian: Close-up kepala lembu yang menampakkan bulu pada bahagian tengah kepala. Tambahan pula, bulu pada bahagian telinga dan atas hidung juga dapat dilihat disamping bebola mata disebelah kiri lembu.



Model: Kerbau

Huraian: Gambaran close-up pada bahagian mulut kerbau menampakkan gigi yang hanya berada pada bahagian bawah gusi. Disamping itu, terdapat bulu pada kulit mulut kerbau, kotoran dan garisan pada sekeliling bahagian mulut tersebut.


Contoh gambar close-up bagi tumbuhan: 



Model: Buah belimbing buluh

Huraian: Terdapat bunga dan buah belimbing buluh dalam gambar close-up diatas. Terdapat juga tekstur pada batang pokok iaitu tekstur berbintik dan bergaris.



Model: Daun

Huraian: Close-up yang memperlihatkan garisan urat daun dan tompokan hitam pada permukaan daun tersebut. Selain itu, titisan air pada daun juga dapat dilihat.



Model: Daun

Huraian: Warna daun yang hijau dan merah jambu lebih menonjolkan lagi gambaran close-up daun di atas. Tompokan kecil merah jambu juga dilihat sekitar daun.

 

 


Model: Bunga

Huraian: Close-up yang memperlihatkan garisan pada tengah-tengah kelopak bunga lebih menonjol dengan penggunaan warna biru terang. Terdapat garisan memanjang pada tengah kelopak dan garisan pendek dibawah kelopak bunga.

 



Model: Bunga

Huraian: Bunga di atas menunjukkan lima garisan memanjang pada bahagian tengah setiap kelopak disamping garisan halus di kelopak tersebut. Selain itu, terdapat lima debunga berwarna putih dan lubang debunga ditengah bunga tersebut.


Contoh gambar close-up bagi objek atau benda: 



Model: Pencungkil gigi

Huraian: Gambaran close-up pencungkil gigi memperlihatkan setiap batang pencungkil tersebut. Tambahan pula, tekstur pencungkil gigi yang mempunyai garisan pada batangnya jelas kelihatan disamping ruang pada tengah gambar yang muncul ekoran daripada pusaran kedudukan pencungkil gigi.




Model: Gula

Huraian: Gambar gula di atas tidaklah menampakkan butiran gula yang jelas, tetapi dapat dilihat bentuk gula tersebut melalui pencahayaan yang ada. Jika diteliti dengan lebih dekat, kita dapat menyimpulkan bahawa gula mempunyai bentuk segi empat.



Model: Bakul rotan

Huraian: Jalinan pada bakul rotan ini jelas dilihat dan setiap rotan yang ada pada satu jalur rotan juga dapat dihitung jumlahnya. Tambahan pula, habuk dan debu yang ada dicelah rotan juga dapat diteliti.



Model: Pelitup muka

Huraian: Pada bahagian sekeliling pelitup muka, terdapat garisan lubang yang halus dan garisan melintang pada bahagian tengah pelitup muka. Disamping itu, sekiranya dilihat dengan jarak yang lebih dekat, kita akan melihat tompokan pada pelitup muka yang jelas.

 



Model: Alat tulis

Huraian: Pusaran kedudukan alat tulis yang membolehkan gambaran close-up diambil dengan lebih cantik. Tekstur garisan pada pen dan guna sedikit tulisan pada marker juga dapat dilihat.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARNA 7. ASA...