Selasa, 13 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 4-ASAS FOTOGRAFI-MEDIUM SHOT

RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia

MEDIUM SHOT


Medium shot bermaksud gambar yang diambil dalam jarak yang hampir dengan kamera atau video. Berbanding dengan long shot, teknik ini menampakkan wajah seseorang kelihatan lebih menyerlah dan dapat memperlihatkan aktiviti yang dilakukan dengan jelas. 


Contoh gambar medium shot beserta draf:

1)


MODEL: Intan Nur Azriena

Gambar model di atas secara medium shot tidak menampakkan keseluruhan wajahnya. Namun begitu, medium shot ini dilihat melalui kedutan dan garisan pada baju. Disamping itu, latar belakang pokok yang memperlihatkan daun secara menyeluruh.



2)


MODEL: Intan Nur Azriena

Medium shot ini lebih kurang sama dengan medium shot gambar 1. Latar belakang gambar ini lebih luas kerana berlatarbelakangkan pantai dan terdapat beberapa orang di latar gambar tersebut.



3)


MODEL: Penanda Buku

Medium shot tidak terbatas kepada manusia sahaja, namun medium shot juga sesuai untuk objek atau barang. Misalnya, gambar di atas ialah sebuah penanda buku yang mendominasi mata audien untuk membaca perkataan yang terdapat di atasnya. Kesesuaian warna juga diaplikasikan pada latar belakang dan penanda buku tersebut.




KEHADIRAN 12 APRIL 2021

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARNA 7. ASA...