Rancangan Sembang Tamu: "Celik" Bahasa Isyarat" bersama Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim
Bahasa isyarat ialah bahasa yang menggunakan tangan untuk berkomunikasi. Komunikasi ini menggabungkan bentuk tangan, orentasi dan pergerakan tangan, lengan, badan, dan ekspresi muka untuk menyampaikan isi hati penyampai.
Bahasa isyarat digunakan oleh golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam kategori pendengaran dan percakapan. Menurut Clark (1999), bahasa isyarat ialah satu kaedah komunikasi yang menggunakan simbol – simbol tanpa menggunakan ssuara atau dikenali sebagai ’non – verbal communication’. Simbol – simbol yang digunakan boleh merupakan pergerakan tangan dan anggota badan yang lain, mimik muka, gambar, simbol – simbol atau isyarat yang mempunyai makna tertentu dan boleh difahami oleh kedua – dua pihak iaitu penutur dan penerima.
Dalam perkongsian Prof. Dr Normaliza bersama pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, Prof. mementingkan pembelajaran dan penggunaan komunikasi menggunakan bahasa isyarat. Tidak semestinya hanya golongan cacat pendengaran dan percakapan sahaja yang perlu mempelajari dan mempraktikkan bahasa isyarat ini. Prof. sendiri telah mempelajari bahasa ini melalui saluran Youtube selama dua bulan sahaja. Beliau juga mempraktikkan komunikasi sebegini di rumahnya sebagai pembelajaran kepada anak-anaknya agar memahami bahasa isyarat ini.
Berikutan kesedaran masyarakat yang amat nipis tentang kepentingan bahasa isyarat, beliau menekankan bahawa proses pembelajaran dan pemahaman bahasa isyarat perlu dimulakan dari diri sendiri. Terapkan minat dan kemahuan untuk mempelajari bahasa isyarat kerana bahasa ini bukan sahaja penting untuk berkomunikasi dengan masyarakat kurang upaya, malah terdapat faedah yang lain. Antaranya, mendisiplinkan anak-anak dirumah agar memathui peraturan meskipun peraturan tersebut dijelaskan dalam kimunikasi gerakan tangan.
Oleh itu, sebagai masyarakat yang prihatin dan bertanggungjawab, tidak rugi untuk mempelajari bahasa isyarat. Hal ini kerana, bahasa tidak hanya terletak di takuk yang rata, namun takuk tersebut akan mendalam sekiranya digali. Bahasa tidak terhad kepada pertuturan semata-mata, tetapi bahasa adalah satu seni dan ilmu yang luas untuk diterokai dan dipelajari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan