Sabtu, 24 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 5-DILEMA PENGEMBARA



LINK YOUTUBE: https://youtu.be/bQCPNh8Es1o

KREDIT: Dewan Bahasa dan Pustaka


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Guys!!!!! Macam mana puasa kalini? Okay ke KO? Bagi saya, setakat ini masih okay dan masih KO. Hahaha. Nak tahu kenapa?? Sebab saya kena demam panas. Alhamdulillah sekarang dah okay sikit, bolehlah saya share info dengan awak semua...


Minggu lepas, saya ada lawat Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka yang membuat rancangan sembang tamu. Tetamu dia istimewa sangat kerana beliau merupakan seorang wanita yang berani mengembara ke 21 buah negara tau! Hebat tak?? Tetamunya ialah Dr. Siti Nur Aliaa binti Roslan. 


Sebenarnya, semasa rancangan tersebut berlangsung secara langsung di Facebook dan Youtube, saya hanya dapat mendengar sebahagian perkongsian sahaja kerana waktu itu saya mengalami demam dan ruam pada badan saya. Rugi sungguh kan waktu tu? Kalau tak, boleh saya bertanyakan soalan yang menarik kepada Dr. Siti Nur Aliaa. Tapi tak mengapa, saya telah menonton ulangan siaran di laman rasmi Youtube Dewan Bahasa dan Pustaka.


Apa yang menarik perhatian saya berkaitan perkongsian beliau, beliau amat berani dan mempunyai keyakinan untuk mengembara ke serata negara. Sungguh menginspirasikan! Beliau juga banyak menceritakan cabaran dan halangan yang dihadapi sepanjang pengembaraannya. Namun, masakan pengembaraan yang tiada cabaran kan? Walhal cabaran itulah yang menjadi memori terindah semasa mengembara. Tambahan pula, beliau juga memberikan sedikit sebanyak tips dan info yang bermanfaat kepada masyarakat terutamanya individu yang hendak memulakan pengembaraan di negara asing.


Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Kamu semua jangan lupa saksikan Rancangan Sembang Tamu Dilema Pengembara bersama Dr. Siti Nur Aliaa di Youtube Dewan Bahasa dan Pustaka. Selamat berpuasa semua!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARNA 7. ASA...