Sekiranya anda melihat post saya yang terdahulu, saya ada nyatakan berkaitan perubahan. Kali ini saya akan bercerita tentang kesedaran.
Satu perubahan yang baik tidak akan berlaku sekiranya tiada kesedaran yang lahir kepada manusia. Nak tahu kenapa saya berkata begitu? Hal ini kerana, tanpa kesedaran, manusia tidak akan tahu dimana silapnya dan dimana salahnya perbuatan yang dilakukan. Mereka tidak akan menghiraukan kesilapan tersebut dan tidak terfikir untuk membetulkan kesilapannya. Oleh itu, perubahan yang kecil hanya akan terjadi sekiranya lahir rasa kesedaran dalam hati seseorang. Jadi, ambillah masa untuk menilai diri sendiri dan janganlah ambil tahu tentang orang lain secara melebih-lebih hingga merasakan diri itu sempurna. Nilai diri dan berubahlah ke arah kebaikan. Tidak semua manusia dianugerahkan sifat kesedaran ini, jadi hargailah peluang yang diberikan oleh Allah SWT untuk berubah.
Nak tahu lagi apa yang dimaksudkan dengan 'kesedaran'? Saya dan rakan-rakan telah berkongsi pendapat tentang hal ini di Twitter kami. Jom tengok dibawah untuk tahu dengan lebih lanjut!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan