Isnin, 24 Mei 2021

BBM3410-2021-MINGGU 8-ONE SHOT (NISKALA)

RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

ONE SHOT


One shot merupakan salah satu asas videografi dalam bahasa. Video one shot ialah rakaman yang dibuat tanpa memerlukan pergerakkan alat perakam video atau kamera. Video ini kebiasaannya dirakam secara pengambaran video yang menunjukkan mimik nyanyian serta tanpa disunting kecuali pada bahagian kredit. Video one shot juga terbahagi kepada one shot, one shot two layer dan one shot three layer.


1) One Shot
Video one shot tanpa melibatkan pergerakan kamera dan tanpa pergerakkan pada bahagian latar video. 


LINK YOUTUBE: https://youtu.be/MkwlMoffT14


2) One Shot Two Layer
One shot two layer pula ialah rakaman yang mengambil kira satu lapisan lain selain dari nyanyian seperti lakonan yang mengandungi jalan cerita lagu tersebut.


LINK YOUTUBE: https://youtu.be/XDO-dxKm-Yc


3) One Shot Three Layer
One shot three layer ialah terdapat tiga lapisan dalam video tersebut dimana lapisannya terdiri daripada nyanyian, lakonan dan pergerakkan. Pergerakkan yang dimaksudkan ialah pergerakkan pada latar belakang video seperti orang berjalan, kucing melintas, pokok bergoyang atau kenderaan lalu lalang.




LINK YOUTUBE: https://youtu.be/kDqyP94Am1c

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARNA 7. ASA...