RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.
Karya Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi oleh Normaliza Abd Rahim (2019) mengisahkan tentang seorang budak lelaki yang bernama Alim. Kisahnya bermula apabila bapa Alim membawa pulang banyak buah-buahan dari pasar tani. Antara buah yang dijelaskan dalam cerita tersebut ialah buah rambutan, buat durian, buah manggis, buah langsat, buah duku dan banyak lagi. Semasa Alim dan keluarga sedang makan buah tersebut, Alim teringat akan Sulaiman iaitu jirannya yang sedang menyiram pokok di halaman rumahnya. Alim ingin berkongsi rezeki dengan Sulaiman. Alim juga meminta kebenaran ibunya untuk memberi sedikit buah kepada Sulaiman, lantas ibunya memasukkan beberapa biji buah rambutan dan manggis ke dalam plastik merah untuk diberikan kepada Sulaiman. Setelah plastik merah itu beralih tangan, Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Alim, lalu Alim terus berlari semula mendapatkan keluarganya di dalam rumah sambil tersenyum puas atas perbuatannya itu. Setelah Alim dan keluarga selesai menjamu buah-buahan segar, mereka mengemas semula sampah kulit buah-buahan itu. Ketika Alim membawa kulit buah-buahan ke dalam tong sampah besar di luar rumah, Alim terseperempak dengan ibu Sulaiman iaitu Mak Cik Timah yang sedang menyapu lantai di luar rumahnya. Mak Cik Timah terpandang akan Alim lalu mengucapkan terima kasih atas buah-buahan yang diberikan. Alim juga berbudi bahasa dengan mengucapkan sama-sama kepada Mak Cik Milah. Namun begitu, Mak Cik Milah menahan sebak dan ingin menangis kerana terharu dengan perbuatan baik Alim sekeluarga terhadap mereka. Mak Cik Timah juga sedih ketika melihat ke arah Sulaiman yang sedang membasuh basikal kecilnya. Akhir sekali, Mak Cik Timah memandang Alim yang masuk ke rumah sambil menghadratkan doa agar diberikan kesihatan dan kesejateraan kepada Alim sekeluarga.
Melalui Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa, terdapat banyak
pengajaran dan nilai murni yang terselit. Antaranya, menjaga kebersihan. Kita
dapat lihat bahawa Alim dan keluarganya amat mementingkan kebersihan rumah
mereka. Ibu Alim menyediakan bakul sampah untuk memudahkan mereka membuang
sampah buah-buahan tanpa menyepahkan rumah. Selain itu, sifat tolong-menolong
yang ditonjolkan oleh keluarga Alim di mana abangnya iaitu abang Imran,
kakaknya iaitu Kak Madinah, dan adiknya iaitu Aisyah saling tolong-menolong ibu
bapa mereka ketika mengemas rumah selepas makan buah-buahan tersebut. Tambahan
pula, sifat Alim dan adik-beradiknya yang suka berkongsi. Hal ini dapat dilihat
apabila Alim menyebut bahawa abang Imran, kak Madinah dan Aisyah suka berkongsi
barang atau makanan dengannya. Nilai inilah yang diterapkan dalam diri Alim
oleh ibu bapanya kerana Alim memberitahu bahawa “ibu dan bapa selalu berpesan
berkongsi barang atau makanan yang kita suka adalah satu perbuatan yang baik.”
Alim telah berkongsi buah-buahan itu dengan jirannya iaitu Sulaiman, Mak Cik
Timah dan Pak Cik Yakub yang baik. Seterusnya, nilai persahabatan yang baik
diantara Alim dan Sulaiman. Mengikut cerita sosial ini, kemungkinan Sulaiman
adalah seorang insan istimewa sama ada cacat fizikal atau mental kerana Mak Cik
Timah memandang Sulaiman dengan pandangan yang sebak dan mengucapkan terima
kasih kerana Alim sanggup berkawan dengan Sulaiman. Pernyataan ini menunjukkan
bahawa Alim ialah seorang yang menjaga persahabatan tanpa mengira fizikal
seseorang seperti Sulaiman. Akhir sekali, nilai berterima kasih yang
ditonjolkan pada watak Mak Cik Timah. Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih
kepada Alim kerana memberikan buah-buahan kepada Sulaiman disamping menerima
Sulaiman sebagai kawannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan