Ahad, 4 April 2021

BBM3410-2021-ASAS GRAFIK-WARNA-NISKALA

 1)

Elemen: Warna 

Tema: Pengiklanan 

Rujukan: https://pin.it/VzZnlBR 

Huraian: Merujuk imej diatas, penggunaan warna hangat dan sejuk telah menyebabkan timbulnya kontras warna. Warna panas yang digunakan seperti warna hitam (pada gelas), dan koko gelap (pada biji kopi dan latar sebelah kanan) yang digandingkan dengan warna sejuk seperti putih (pada buih kopi, wap panas dan teks). Tambahan pula, terdapat warna panas kuning yang merujuk kepada logo syarikat makanan ringan tersebut iaitu Mc Donald disamping mengaplikasikan penggunaan tona warna koko. Kombinasi warna yang diterapkan dalam imej diatas jelas menampakkan kejelasan visual dan dapat menarik mata audien.


2)

Elemen: Warna

Tema: Pengiklanan

Rujukan: https://images.app.goo.gl/7xYDGwmvfHj8o51NA

Huraian: Gambar di atas memenuhi elemen warna kerana majoriti kombinasi warna yang digunakan adalah koko dan putih bagi melambangkan produk tersebut (Aiskrim Sunday). Warna pada fonts yang digunakan juga sama seperti dalam imej yang dipaparkan dan kelihatan menonjol membuatkan mesej yang ingin disampaikan itu lebih menyerlah tentang aiskrim Sunday.


3)

Elemen: Warna

Tema: Fesyen

Rujukan: https://www.google.com/search?q=billboard+sabella&sxsrf=ALeKk020_9VjD61c8HUExSV5T-L50o4s6A:1617262249811&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2ahUKEwjkh6Kvw9zvAhWDwjgGHR-kCg0Q_AUoAXoECAEQAw&biw=1280&bih=610#imgrc=S4JmeQ3deYZYoM

Huraian: Gambar di atas menunjukkan elemen warna. Warna merah yang mendominasi grafik tersebut dapat menarik perhatian pengguna. Hal ini dikatakan demikian kerana, mengikut psikologi warna merah merupakan warna yang memberi kesan kekuatan, semangat dan tanda peringatan. Dengan sekali imbas sahaja, warna merah ini boleh mendapat perhatian dengan mudah.


4)

Elemen: Warna

Tema: Minuman

Rujukan: https://www.aking.com.my/signage

Huraian: Gambar di atas mempunyai elemen asas grafik warna yang telah diterapkan. Hal ini kerana kombinasi warna yang telah digunakan tidak melebihi tiga warna. Oleh itu, mesej yang hendak disampaikan melalui gambar tersebut dapat disampaikan dengan baik. Latar gambar diletakkan warna biru melambangkan jenama air tersebut iaitu Blue Moon manakala warna pada tulisan yang digunakan ialah berwarna putih. Ini telah menjadikan gambar tersebut lebih menarik.


5)


Elemen: Warna

Tema: Makanan

Rujukan: https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Frepository.telkomuniversity.ac.id%2Fpustaka%2Ffiles%2F18375%2Fresume%2Fanalisis-perbedaan-aktivitas-promosi-iklan-kfc-dan-mcdonalds.pdf&psig=AOvVaw2I2w6Hc6G3BLLFvNDOmVaJ&ust=1617429809632000&source=images&cd=vfe&ved=0CAIQjRxqFwoTCPDGuoby3u8CFQAAAAAdAAAAABAD 

Huraian: Papan iklan diatas menggunakan tiga gabungan warna yang baik. Terdapat warna merah yang merupakan warna latar papan tanda tersebut dan menggunakan warna putih dan hitam. Warna hitam dan putih tersebut dapat dilihat dengan jelas. Pemilihan warna juga bertepatan dengan logo restoran tersebut iaitu Kentucky Fried Chicken (KFC).


6)


Elemen: Warna

Tema: Minuman Berkhasiat

Rujukan: https://thepresident.my/tak-tahu-nak-buat-iklan-kat-mana-tengok-4-tanda-tanda-ni/

Huraian: Gambar di atas memenuhi elemen warna kerana majoriti kombinasi warna yang digunakan adalah hijau dan putih bagi melambangkan produk tersebut (MILO). Warna putih pada fonts yang digunakan juga berjaya membuatkan perkataan “GREAT TASTE” itu kelihatan menonjol dan tentunya menyerlahkan lagi mesej yang ingin disampaikan iaitu air milo mempunyai rasa yang sedap.


7)


Elemen: Warna

Tema: Makanan Segera

Rujukan: http://cisdel.com/2011/10/31/contoh-iklan-makanan-yang-sangat-cool-dan-menyelerakan/

Huraian: Warna yang terdapat dalam gambar makanan segera tersebut mempunyai kombinasi warna yang menyerlah iaitu warna merah, kuning dan putih. Gambar tersebut mempunyai warna yang mencakupi warna asas grafik kerana tidak melebihi tiga warna yang menyerlah. Namun begitu, warna hijau dan oren yang wujud tidak menjejaskan elemen warna kerana warna memainkan peranan mengikut mesej yang disampaikan untuk menarik minat pelanggan.


8)

Elemen: Warna

Tema: Pengiklanan Animasi

Rujukan: https://www.pinterest.com/pin/376965431314424880/?hcb=1

Huraian: Warna merupakan elemen yang paling menonjol di dalam gambar di atas.  Foto tersebut mempunyai animasi berwarna kuning dan berlatarbelakangkan warna jingga. Terdapat juga warna putih digunakan. Foto ini menjadi menarik apabila seseorang melihatnya kerana mempunyai tiga warna yang menyerlah.


9)

Elemen: Warna

Tema: Iklan movie

Rujukan: https://www.pinterest.com/pin/376965431307204753/

Huraian: Kombinasi yang digunakan dalam gambar ini sangat sesuai. Gambar diatas mempunyai latar yang berwarna hitam dan putih. Ini jelas menunjukkan bahawa ia tidak melebihi tiga warna. Gambar ini menjadi menarik kerana mempunyai warna yang menyerlah dan sesuai dengan mesej yang ingin disampaikan.


10)

Elemen: Warna

Tema: Minuman

Rujukan: https://forum-anarkid.blogspot.com/2019/01/contoh-iklan-minuman.html?m=1

Huraian: Gambar ini mempunyai kombinasi warna yang lebih daripada tiga warna. Walau bagaimanapun, warna-warna yang digunakan dalam gambar ini adalah bertujuan untuk menyampaikan mesej. Gambar ini memaparkan imej botol minuman berwarna hijau dan oren yang dimasukkan ke dalam air yang juga berwarna kehijauan. Terdapat juga warna merah pada tulisan di botol minuman. Gambar ini menarik kerana mempunyai warna yang menyerlah dan memfokuskan kepada kesegaran air minuman itu.  

 

11)

Elemen: Warna

Tema: Makanan

Rujukan: Sendiri

Huraian: Gambar di atas menonjolkan kombinasi tiga warna iaitu hitam, coklat keemasan dan putih. Warna yang digunakan berjaya menaikkan foto ayam tersebut yang sememangnya tarikan utama di dalam gambar itu. Font berwarna putih yang dipilih dalam gambar tersebut juga menimbulkan warna pada ayat “juicy in every bites” menyebabkan ia kelihatan sempurna.


12)

Elemen: Warna

Tema: Kehidupan

Rujukan: Sendiri

Huraian: Berdasarkan imej diatas, penggunaan elemen warna neutral dapat mempengaruhi cara pandang dan mengubah citarasa audien terhadap imej tersebut. Hal ini kerana, warna neutral hitam dan putih telah mendominasi imej. Disamping itu, terdapat juga warna kroma campuran dua warna penggenap iaitu warna khaki koko yang menjadi warna ketiga dalam imej. Warna putih dapat melahirkan kedamaian, kesucian dan ketenangan disamping diimbangi dengan warna hitam dan khaki koko yang menimbulkan kekemasan dan kekuatan imej tersebut.


13)

Elemen: Warna

Tema: Kasih sayang

Rujukan: Sendiri

Huraian: Gambar di atas menunjukkan elemen warna. Warna yang digunakan dalam grafik itu dominan warna hijau. Ini dapat memberikan impak ketenangan kepada gambar tersebut yang mana mampu menyampaikan mesej kepada golongan yang sering mendera anak agar menjadi tenang dan lebih menyayangi anak mereka. Warna yang digunakan pada font juga kelihatan sesuai dengan gambar yang dipaparkan.


14)

Elemen: Warna

Tema: Hadiah

Rujukan: Sendiri

Huraian: Berdasarkan gambar di atas telah diterapkan elemen asas grafik warna yang sangat menyerlah dalam gambar tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana kombinasi warna yang sangat menarik telah digunakan dalam gambar itu. Kombinasi warna yang telah digunakan juga tidak terlalu banyak dan padat. Dengan adanya kombinasi warna tersebut telah menjadikan intipati dalam gambar tersebut dapat disampaikan dengan baik.


15)

Elemen: Warna

Tema: Minuman

Rujukan: Sendiri

Huraian: Gambar di atas mencukupi warna asas grafik kerana ianya menonjolkan kombinasi tiga warna iaitu koko, oren dan putih. Warna yang digunakan berjaya menaikkan foto minuman kopi premiun latte tersebut yang sememangnya tarikan utama di dalam gambar itu. Font berwarna putih yang dipilih turut menimbulkan warna pada ayat kopi premium. Warna-warna yang digunakan itu kelihatan sempurna dan sesuai dengan gambar minuman di atas.


16)


Elemen: Warna

Tema: Pemandanga Waktu Malam

Rujukan: Sendiri

Huraian: Warna yang terdapat dalam gambar tersebut mencukupi warna asas grafik kerana tidak melebihi daripada tiga warna. Foto diatas hanya mempunyai warna yang gelap dan warna yang cerah iaitu warna hitam dan warna putih yang wujud daripada cahaya lampu. Warna cerah di atas menyerlahkan lagi latar yang gelap kerana cahaya lampu tersebut memfokuskan masjid dan bangunan-bangunan di sekeliling masjid itu.


17)


Elemen: Warna

Tema: Kenderaan

Rujukan: Sendiri

HuraianGambar ini mengandungi elemen warna iaitu kombinasi warna merah, putih dan coklat. Gambar sebuah kereta yang berwarna merah dan disertai dengan dinding dan tingkap yang berwarna putih dan coklat. Foto ini jelas menarik kerana mempunyai tiga warna yang menyerlah dan memfokuskan kepada kereta, dinding dan tingkap. 


18)

Elemen: Warna

Tema: Pemandangan

Rujukan: Sendiri

Huraian: Dalam gambar ini terdapat kombinasi warna yang menarik. Kombinasi warna tersebut juga tidak melebihi tiga warna. Warna langit yang kebiruan serta pokok yang kehijauan menjadikan gambar ini menjadi menarik dengan pemandangannya. Warna bangunan-bangunan juga menjadikan gambar lebih cantik. Gambar ini jelas memfokuskan kepada warna langit, pokok serta bangunan.


19)

Elemen: Warna

Tema: Kehidupan

Rujukan: Sendiri

Huraian: Elemen yang paling menonjol di gambar di atas ialah elemen warna. Foto tersebut menunjukkan seorang lelaki berbaju biru sedang mengecat pagar berwarna putih dan biru muda. Terdapat juga warna awan kebiruan dan pokok yang berwarna hijau. Foto ini mempunyai lebih daripada tiga warna dan menjadikannya menarik dan menyerlah dengan warna yang cerah seperti yang dipaparkan dalam gambar tersebut.


20)


Elemen: Warna

Tema: Pakaian Tradisional

Rujukan: Sendiri

Huraian: Foto diatas menunjukkan seorang gadis berbaju kurung. Latar belakang yang berwarna agak usang sesuai dengan baju yang digunakan. Baju jurung yang berwarna hijau dapat menimbulkan subjek (gadis) tersebut. Warna tudung yang digunakan juga menonjolkan lagi warna dalam gambar tersebut kerana warna yang digunakan ialah warna hijau gelap.

 

 

AHLI KUMPULAN NISKALA:

1) Ketua Elemen Mudah: Nurul Fatehah binti Mansor (203944)

2) Penolong Elemen Mudah: Nur Shah Hazuani binti Dazak (203967)

3) Ketua Elemen Teks: Nurul Aida binti Ahmad Zaini (203304)

4) Penolong Elemen Teks: Nurmadihah Asma binti Saberi (203927)

5) Ketua Elemen Warna: Intan Nur Azriena binti Siful Yazani @ Saiful Yazan (203966)

6) Penolong Elemen Warna:  Nurul Tasnim binti Zakaria (204115)

7) Ketua Elemen Kesesuaian: Nur Ain Nadhirah binti Fadhlan (201810)

8) Penolong Elemen Kesesuaian: Nurul Najehah binti Mohd (203011)

9) Ketua Elemen Keseimbangan: Nurul Izzati binti Tu Azman (201812)

10) Penolong Elemen Keseimbangan: Fatin Fathihah binti Musa (203008)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARNA 7. ASA...