Jumaat, 28 Mei 2021
BBM3410-2021-MINGGU 9-KESILAPAN (INSTAGRAM)
Khamis, 27 Mei 2021
BBM3410-2021-MINGGU 9-PANTUN 4 KERAT (FACEBOOK)
Assalamualaikum kawan-kawan!! Jumpa lagi kita pada kali ini. Harini, saya nak kongsi satu perkara. Pada kali ini, saya ditugaskan untuk membuat satu post pantun di Facebook. Jadi, kalian nak tahu apa yang saya dan rakan-rakan saya post di social media mereka? Jom tengok dibawah!!
Isnin, 24 Mei 2021
BBM3410-2021-MINGGU 8-ONE SHOT (NISKALA)
ONE SHOT
Khamis, 20 Mei 2021
BBM3410-2021-MINGGU 8-STRATEGI KOMUNIKASI
STRATEGI KOMUNIKASI
Semasa proses komunikasi berlaku, mesej yang dihantar serta diterima oleh penutur dan pendengar akan menggunakan pelbagai strategi komunikasi supaya kedua-dua belah pihak faham akan maksud mesej yang hendak disampaikan itu. Terdapat banyak strategi komunikasi yang digunakan oleh masyarakat, antaranya strategi komunikasi secara bahasa isyarat atau bahasa badan. Strategi ini digunakan oleh individu yang mempunyai kelemahan upaya seperti bisu kerana mereka tidak dapat berkomunikasi secara lisan. Oleh itu, mereka menggunakan bahasa isyarat sebagai wadah komunikasi mereka.
Isnin, 17 Mei 2021
BBM3410-2021-MINGGU 8-VIDEO SETEMPAT
💦 VIDEO SETEMPAT 💦
Video setempat ialah salah satu asas videografi dalam bahasa. Video setempat ialah video yang tidak memerlukan suntingan dan video tersebut dirakam dalam keadaan tidak beralih tempat atau kawasan semasa rakaman berlangsung. Video setempat juga dirakam dengan berlatarkan suara individu yang merakam video tersebut. Dalam video setempat, kebiasaannya individu akan membuat suatu penceritaan tentang humor dan perkara yang berlaku pada masa itu.
Video ini dirakam semasa Hari Raya Aidilfitri dan menceritakan sedikit sebanyak tentang suasana raya pada masa itu. Pada mulanya, saya membuat rangka video atau dikenali sebagai plan video agar video saya berjalan dengan lancar. Semasa tugasan ini diberikan oleh Prof. Maliza, saya berfikir untuk merakam video setempat pada Hari Raya kerana saya merasakan suasana raya lebih menarik. Oleh itu, saya tetapkan untuk merakam video kuih-kuih raya yang ada dirumah saya. Saya juga menerangkan jenis kuih raya dan menceritakan serba sedikit tentang suasana dirumah saya pada ketika itu. Latar tempat pula diruang tamu rumah dan saya duduk diatas kerusi berhadapan dengan meja kopi. Semasa rakaman itu berlangsung, saya tidak mengubah kedudukan saya dan hanya gerakan tangan yang memegang kamera sahaja digerakkan.
Nak tahu dengan lebih lanjut tentang video setempat? Jom tengok video yang saya sediakan di atas!!! 👐
Ahad, 16 Mei 2021
BBM3410-2021-MINGGU 7-VLOG HARI RAYA (NISKALA)
💃VLOG HARI RAYA 💃
Ahad, 2 Mei 2021
BBM3410-2021-MINGGU 6-SIMPULAN BAHASA-NISKALA
💓 SIMPULAN BAHASA 😎
Sabtu, 24 April 2021
BBM3410-2021-MINGGU 5-NOTA TEORI ANALISIS WACANA KRITIS (FAIRCLOUGH, 1995)
RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.
BBM3410-MINGGU 5-NOTA TEORI ANALISIS WACANA KRITIS (VANDIJK, 1977)
BBM3410-2021-MINGGU 5-NOTA FLATLAY
RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
FLATLAY
Pernah dengar tak perkataan flatlay? Kalau korang nak tahu, flatlay adalah salah satu teknik asas fotografi yang selalu fotografer pakai. Lagipun, dalam kita tak sedar, kita selalu je guna teknik ni semasa kita ambil gambar. Flatlay ini boleh dikatakan gambar atau foto yang di ambil mengikut sudut-sudut yang tertentu. Ianya juga terbahagi kepada empat jenis yang berbeza iaitu flatlay, half flatlay, quarter flatlay dan zero flatlay.
Sebelum saya bagi maksud setiap jenis flatlay ini, jom kita lihat dan faham dahulu tentang gambar rajah di bawah!
BBM3410-2021-MINGGU 5-DILEMA PENGEMBARA
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Guys!!!!! Macam mana puasa kalini? Okay ke KO? Bagi saya, setakat ini masih okay dan masih KO. Hahaha. Nak tahu kenapa?? Sebab saya kena demam panas. Alhamdulillah sekarang dah okay sikit, bolehlah saya share info dengan awak semua...
Minggu lepas, saya ada lawat Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka yang membuat rancangan sembang tamu. Tetamu dia istimewa sangat kerana beliau merupakan seorang wanita yang berani mengembara ke 21 buah negara tau! Hebat tak?? Tetamunya ialah Dr. Siti Nur Aliaa binti Roslan.
Sebenarnya, semasa rancangan tersebut berlangsung secara langsung di Facebook dan Youtube, saya hanya dapat mendengar sebahagian perkongsian sahaja kerana waktu itu saya mengalami demam dan ruam pada badan saya. Rugi sungguh kan waktu tu? Kalau tak, boleh saya bertanyakan soalan yang menarik kepada Dr. Siti Nur Aliaa. Tapi tak mengapa, saya telah menonton ulangan siaran di laman rasmi Youtube Dewan Bahasa dan Pustaka.
Apa yang menarik perhatian saya berkaitan perkongsian beliau, beliau amat berani dan mempunyai keyakinan untuk mengembara ke serata negara. Sungguh menginspirasikan! Beliau juga banyak menceritakan cabaran dan halangan yang dihadapi sepanjang pengembaraannya. Namun, masakan pengembaraan yang tiada cabaran kan? Walhal cabaran itulah yang menjadi memori terindah semasa mengembara. Tambahan pula, beliau juga memberikan sedikit sebanyak tips dan info yang bermanfaat kepada masyarakat terutamanya individu yang hendak memulakan pengembaraan di negara asing.
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Kamu semua jangan lupa saksikan Rancangan Sembang Tamu Dilema Pengembara bersama Dr. Siti Nur Aliaa di Youtube Dewan Bahasa dan Pustaka. Selamat berpuasa semua!!
BBM3410-2021-MINGGU 5-FLATLAY
RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
LINK YOUTUBE: https://youtu.be/YjJiytaVsmE
Hai Guys!! Kalian tahu tak apa itu flatlay? Kalau photographer mesti tahu kan teknik flatlay kan?? Flatlay ini adalah satu teknik pengambilan gambar yang mengukur sudut kamera dengan item atau objek. Flatlay terbahagi kepada empat jenis. Nak tahu jenis dia? Yang pertama iaitu flatlay, kedua half flatlay, ketiga pula quarter flatlay, dan yang terakhir zero flatlay. Apa yang dimaksudkan dengan empat jenis flatlay ini dan macam mana gambar di ambil berpandukan sudut-sudut tertentu?
Video ini bertujuan untuk memenuhi tugasan BBM3410 Multimedia dalam Bahasa. Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Muzik oleh: https://youtu.be/tOnTPW1MTZ4
Pensyarah: Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim
SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021
1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARNA 7. ASA...
-
1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARNA 7. ASA...
-
RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa . Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Apakah Bahan bagi Asas Grafi...
-
RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa . Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Grafik merupakan perkara utama ...
-
RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa . Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. 👀 PENDUA 👀 Pendua ialah ga...
-
RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa . Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. 💋 PORTRAIT 💋 Portrait ialah ...
-
Assalamualaikum semua! Haaa dah sampai Minggu 10 dah kita bersama-sama. Saya kongsi cerita, kalian pula baca jee cerita saya kan? Hehehe. Na...
-
Assalamualaikum dan hai!!! Ni first time saya belajar buat blog tau dan ini adalah tugasan kerja kursus saya. Harap-harap saya istiqomah lah...
-
RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia 💕 BIRD'S EYE VIEW 💕 Bird...
-
RUJUKAN : Normaliza Abd rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi . kuala Nerus: Penerbit Universiti Malaysia...
-
RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa . Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. LINK YOUTUBE: https://youtu.be/...