Jumaat, 28 Mei 2021

BBM3410-2021-MINGGU 9-KESILAPAN (INSTAGRAM)

Bila bicara tentang kesilapan, pasti semua mengaku bahawa dia pernah melakukan kesilapan meski sekecil zarah. Sebaik-baik manusia ialah seorang yang mengaku kesilapan dirinya dan semulia-mulia manusia ialah apabila dia berusaha mengubah dan meminta ampun akan kesalahan yang dilakukan oleh nya. Sesungguhnya Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Menyayangi.

Kali ini, saya juga ditugaskan untuk membuat satu posting berkaitan dengan "kesilapan" di laman Instagram. Jom lihat apa pandangan saya dan rakan-rakan yang lain tentang "kesilapan".







Kehadiran 24 Mei 2021


Khamis, 27 Mei 2021

BBM3410-2021-MINGGU 9-PANTUN 4 KERAT (FACEBOOK)

Assalamualaikum kawan-kawan!! Jumpa lagi kita pada kali ini. Harini, saya nak kongsi satu perkara. Pada kali ini, saya ditugaskan untuk membuat satu post pantun di Facebook. Jadi, kalian nak tahu apa yang saya dan rakan-rakan saya post di social media mereka? Jom tengok dibawah!!


FACEBOOK








    Kehadiran 24 Mei 2021

Isnin, 24 Mei 2021

BBM3410-2021-MINGGU 8-ONE SHOT (NISKALA)

RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

ONE SHOT


One shot merupakan salah satu asas videografi dalam bahasa. Video one shot ialah rakaman yang dibuat tanpa memerlukan pergerakkan alat perakam video atau kamera. Video ini kebiasaannya dirakam secara pengambaran video yang menunjukkan mimik nyanyian serta tanpa disunting kecuali pada bahagian kredit. Video one shot juga terbahagi kepada one shot, one shot two layer dan one shot three layer.


1) One Shot
Video one shot tanpa melibatkan pergerakan kamera dan tanpa pergerakkan pada bahagian latar video. 


LINK YOUTUBE: https://youtu.be/MkwlMoffT14


2) One Shot Two Layer
One shot two layer pula ialah rakaman yang mengambil kira satu lapisan lain selain dari nyanyian seperti lakonan yang mengandungi jalan cerita lagu tersebut.


LINK YOUTUBE: https://youtu.be/XDO-dxKm-Yc


3) One Shot Three Layer
One shot three layer ialah terdapat tiga lapisan dalam video tersebut dimana lapisannya terdiri daripada nyanyian, lakonan dan pergerakkan. Pergerakkan yang dimaksudkan ialah pergerakkan pada latar belakang video seperti orang berjalan, kucing melintas, pokok bergoyang atau kenderaan lalu lalang.




LINK YOUTUBE: https://youtu.be/kDqyP94Am1c

Khamis, 20 Mei 2021

BBM3410-2021-MINGGU 8-STRATEGI KOMUNIKASI

RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.


STRATEGI KOMUNIKASI


Semasa proses komunikasi berlaku, mesej yang dihantar serta diterima oleh penutur dan pendengar akan menggunakan pelbagai strategi komunikasi supaya kedua-dua belah pihak faham akan maksud mesej yang hendak disampaikan itu. Terdapat banyak strategi komunikasi yang digunakan oleh masyarakat, antaranya strategi komunikasi secara bahasa isyarat atau bahasa badan. Strategi ini digunakan oleh individu yang mempunyai kelemahan upaya seperti bisu kerana mereka tidak dapat berkomunikasi secara lisan. Oleh itu, mereka menggunakan bahasa isyarat sebagai wadah komunikasi mereka.













Isnin, 17 Mei 2021

BBM3410-2021-MINGGU 8-VIDEO SETEMPAT

RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia

💦 VIDEO SETEMPAT 💦




LINK YOUTUBE: https://youtu.be/tKRsJFl27PY


Kalian semua tahu tak apa maksud video setempat?

Video setempat ialah salah satu asas videografi dalam bahasa. Video setempat ialah video yang tidak memerlukan suntingan dan video tersebut dirakam dalam keadaan tidak beralih tempat atau kawasan semasa rakaman berlangsung. Video setempat juga dirakam dengan berlatarkan suara individu yang merakam video tersebut. Dalam video setempat, kebiasaannya individu akan membuat suatu penceritaan tentang humor dan perkara yang berlaku pada masa itu. 

Video ini dirakam semasa Hari Raya Aidilfitri dan menceritakan sedikit sebanyak tentang suasana raya pada masa itu. Pada mulanya, saya membuat rangka video atau dikenali sebagai plan video agar video saya berjalan dengan lancar. Semasa tugasan ini diberikan oleh Prof. Maliza, saya berfikir untuk merakam video setempat pada Hari Raya kerana saya merasakan suasana raya lebih menarik. Oleh itu, saya tetapkan untuk merakam video kuih-kuih raya yang ada dirumah saya. Saya juga menerangkan jenis kuih raya dan menceritakan serba sedikit tentang suasana dirumah saya pada ketika itu. Latar tempat pula diruang tamu rumah dan saya duduk diatas kerusi berhadapan dengan meja kopi. Semasa rakaman itu berlangsung, saya tidak mengubah kedudukan saya dan hanya gerakan tangan yang memegang kamera sahaja digerakkan. 

Nak tahu dengan lebih lanjut tentang video setempat? Jom tengok video yang saya sediakan di atas!!! 👐





Memenuhi keperluan tugasan BBM3410 Multimedia dalam Bahasa
Kredit Pensyarah: Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim

Ahad, 16 Mei 2021

BBM3410-2021-MINGGU 7-VLOG HARI RAYA (NISKALA)

💃VLOG HARI RAYA 💃



LINK YOUTUBE: https://youtu.be/pXe1WuRf7bE


Assalamualaikum kawan kawan 👋😃. Hari ini 16 Mei 2021 bersamaan 3 Syawal 1442 H. Macam mana raya tahun ini? Bagi saya, walaupun raya tak semeriah raya yang lepas, namun saya tetap bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri kali ini.

Sebagaimana yang kita tahu, Perdana Menteri Malaysia umumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa hari raya. Hmmmm sedihlah juga masa dengar pengumuman tu, tapi untuk keselamatan kita juga kan? Jadi terpaksalah terima dengan hati yang berat.

Tetapiiiiiiii, walaupun beraya dalam PKP tetapi kami tetap seronok tauuu! Nak tahu kenapa? Sebab kami dapat beraya dengan kawan kawan universiti kami!! Yeayyy!!!! Tapi takkanlah boleh terbang pergi rumah kawan-kawan kan. So, kami pun sediakan video Hari Raya secara Vlog.

Nak tengok tak kami buat video apa?? Jom la tengok video Youtube saya diatas. Ayuh!! 💘



Memenuhi tugasan BBM3410 Multimedia dalam Bahasa
PENSYARAH: Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim
KREDIT: Ahli Keluarga dari Kumpulan Niskala
KREDIT LAGU:
1) Menjelang Hari Raya by UniversalMYVEVO
2) Takbir Raya by TV3 Malaysia Official
3) Suasana Hari Raya cover by Hendrisaputra Present

Ahad, 2 Mei 2021

BBM3410-2021-MINGGU 6-SIMPULAN BAHASA-NISKALA

💓 SIMPULAN BAHASA 😎



LINK YOUTUBE: https://youtu.be/ZL-hDv75lJY


Assalamualaikum guys!! Jumpa lagi kita dalam post terbaru yaa 😅. Kali ini saya nak share satu perkara yang menarik tauu. Alaa tengok tajuk pun dah tahu hahaha. Okay harini saya nak share berkaitan simpulan bahasa. Simpulan bahasa ni senang jee dan semua orang guna simpulan bahasa dalam percakapan seharian mereka. Kamu semua pun gunakannya dalam sedar atau tak sedar!!

Simpulan bahasa ini ialah ungkapan yang biasanya terdiri daripada dua atau tiga perkataan dan mempunyai makna yang berlainan sama sekali dengan makna asal perkataan tersebut. Simpulan bahasa ialah sebahagian daripada peribahasa Melayu. Jangan tertukar ya!!

Kalau nak tahu peribahasa apa yang ada dalam bahasa Melayu, jomlah saksikan video di atas!! Satu lagi, jom kita buat challenge teka maksud simpulan yang diberikan berdasarkan gambar dalam video tu hehehe.

OKAY JOM KITA SAKSIKAN!!




PENSYARAH: PROF. DR. NORMALIZA ABD RAHIM
LAGU KREDIT: SELENDANG MAK INANG OLEH LITMIBIMI

Sabtu, 24 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 5-INSTAGRAM

NILAI KETENANGAN


22 APRIL 2021











27 APRIL 2021











BBM3410-2021-MINGGU 5-TWITTER

 NILAI ESTETIKA


22 APRIL 2021









27 APRIL 2021








BBM3410-2021-MINGGU 5-NOTA TEORI ANALISIS WACANA KRITIS (FAIRCLOUGH, 1995)

RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.







BBM3410-MINGGU 5-NOTA TEORI ANALISIS WACANA KRITIS (VANDIJK, 1977)

RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.





BBM3410-2021-MINGGU 5-NOTA FLATLAY

RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.


FLATLAY

Pernah dengar tak perkataan flatlay? Kalau korang nak tahu, flatlay adalah salah satu teknik asas fotografi yang selalu fotografer pakai. Lagipun, dalam kita tak sedar, kita selalu je guna teknik ni semasa kita ambil gambar. Flatlay ini boleh dikatakan gambar atau foto yang di ambil mengikut sudut-sudut yang tertentu. Ianya juga terbahagi kepada empat jenis yang berbeza iaitu flatlay, half flatlay, quarter flatlay dan zero flatlay.

Sebelum saya bagi maksud setiap jenis flatlay ini, jom kita lihat dan faham dahulu tentang gambar rajah di bawah!


1) Flatlay

Flatlay bermaksud kedudukan kamera yang diletakkan pada sudut 90 darjah. Gambar flatlay akan nampak yang kita ambil gambar tersebut dari atas objek


2) Half Flatlay

Bila sebut half, mestilah ianya separuh. Tetapi separuh apa? Half flatlay ialah gambar yang diambil pada sudut 45 darjah iaitu separuh daripada sebahagian 90 darjah tadi. Gambar yang diambil akan nampak yang kita ambil gambar dari sudut sisi atas objek.


3) Quarter Flatlay

Quarter ataupun dalam Bahasa Melayu ialah suku yang membawa maksud kedudukan kamera yang lebih kurang 22.5 darjah daripada objek. Ianya bermaksud suku daripada 90 darjah flatlay.


4) Zero Flatlay

Zero flatlay pula merujuk kepada kedudukan kamera yang diletakkan di atas lantai ataupun meja. Gambar yang diambil akan menampakkan gambaran penuh item dari bawah atau selari dengan kedudukan lantai atau meja objek berkenaan.





BBM3410-2021-MINGGU 5-DILEMA PENGEMBARA



LINK YOUTUBE: https://youtu.be/bQCPNh8Es1o

KREDIT: Dewan Bahasa dan Pustaka


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Guys!!!!! Macam mana puasa kalini? Okay ke KO? Bagi saya, setakat ini masih okay dan masih KO. Hahaha. Nak tahu kenapa?? Sebab saya kena demam panas. Alhamdulillah sekarang dah okay sikit, bolehlah saya share info dengan awak semua...


Minggu lepas, saya ada lawat Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka yang membuat rancangan sembang tamu. Tetamu dia istimewa sangat kerana beliau merupakan seorang wanita yang berani mengembara ke 21 buah negara tau! Hebat tak?? Tetamunya ialah Dr. Siti Nur Aliaa binti Roslan. 


Sebenarnya, semasa rancangan tersebut berlangsung secara langsung di Facebook dan Youtube, saya hanya dapat mendengar sebahagian perkongsian sahaja kerana waktu itu saya mengalami demam dan ruam pada badan saya. Rugi sungguh kan waktu tu? Kalau tak, boleh saya bertanyakan soalan yang menarik kepada Dr. Siti Nur Aliaa. Tapi tak mengapa, saya telah menonton ulangan siaran di laman rasmi Youtube Dewan Bahasa dan Pustaka.


Apa yang menarik perhatian saya berkaitan perkongsian beliau, beliau amat berani dan mempunyai keyakinan untuk mengembara ke serata negara. Sungguh menginspirasikan! Beliau juga banyak menceritakan cabaran dan halangan yang dihadapi sepanjang pengembaraannya. Namun, masakan pengembaraan yang tiada cabaran kan? Walhal cabaran itulah yang menjadi memori terindah semasa mengembara. Tambahan pula, beliau juga memberikan sedikit sebanyak tips dan info yang bermanfaat kepada masyarakat terutamanya individu yang hendak memulakan pengembaraan di negara asing.


Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Kamu semua jangan lupa saksikan Rancangan Sembang Tamu Dilema Pengembara bersama Dr. Siti Nur Aliaa di Youtube Dewan Bahasa dan Pustaka. Selamat berpuasa semua!!


BBM3410-2021-MINGGU 5-FLATLAY

RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.



LINK YOUTUBE: https://youtu.be/YjJiytaVsmE


Hai Guys!! Kalian tahu tak apa itu flatlay? Kalau photographer mesti tahu kan teknik flatlay kan?? Flatlay ini adalah satu teknik pengambilan gambar yang mengukur sudut kamera dengan item atau objek. Flatlay terbahagi kepada empat jenis. Nak tahu jenis dia? Yang pertama iaitu flatlay, kedua half flatlay, ketiga pula quarter flatlay, dan yang terakhir zero flatlay. Apa yang dimaksudkan dengan empat jenis flatlay ini dan macam mana gambar di ambil berpandukan sudut-sudut tertentu?

Jom saksikan video di atas!!



Video ini bertujuan untuk memenuhi tugasan BBM3410 Multimedia dalam Bahasa. Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Muzik oleh: https://youtu.be/tOnTPW1MTZ4




Pensyarah: Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARNA 7. ASA...