Khamis, 15 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 4-ASAS FOTOGRAFI-KABUR

RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

💔 KABUR 💔

Kabur ialah gambar yang berlatarbelakangkan pandangan yang kabur. Objek yang menjadi latar belakang masih dapat dilihat walaupun ianya kabur. Tujuan kaedah kabur ini ialah untuk memfokuskan objek dalam gambar tersebut dapat ditonjolkan.


Contoh gambar kabur beserta draf:

A) Kabur bagi tumbuhan:

1) 



Gambar bunga di atas menunjukkan keadaan bunga yang jelas di mana kelihatannya lima kelopak bunga, daun dan sebahaginya. Namun begitu, latar belakang gambar tersebut di kaburkan.



2)



Bunga dihadapan tidak dapat dilihat dengan jelas kerana gambar ini kabur pada bahagian hadapan. Namun begitu, bunga dan daun pada bahagian belakang dapat diperhatikan cirinya dengan jelas.



B) Kabur bagi haiwan

1)


MODEL: Katak

Tekstur kulit katak di atas dapat dilihat dengan jelas iaitu mempunyai bintik kecil dan berwarna putih hitam. Namun, pada bahagian mata katak dikaburkan disamping latar belakang yang turut kabur.



2)


MODEL: Siput Babi

Kabur dalam gambar di atas ialah pada bahagian sebelah kanan yang menampakkan palang besi dan jalan raya. Model siput babi dapat dilihat dengan jelas.





KEHADIRAN 12 APRIL 2021

BBM3410-2021-MINGGU 4-ASAS FOTOGRAFI-SILUET

RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

💬 SILEUT 💬

Siluet merupakan gambar yang mementingkan aspek pencahayaan di mana objek perlu berbentuk gelap dan garis besar objek tersebut kelihatan dalam cahaya terhad terhadap latar belakangnya yang cerah. Bahagian dalam siluet perlulah menonjol daripada latar belakang cahaya yang biasanya berwarna putih atau tiada warna sama sekali. 


Contoh gambar siluet beserta draf:

A) Siluet manusia

1)


MODEL: Intan Nur Azriena

Siluet model di atas menggunakan cahaya latar belakang yang kurang cerah menyebabkan bentuk model tersebut menampakkan sedikit wajahnya dalam gelap.



2)


MODEL: Syed Rahman

Objek bot dan manusia yang sedikit samar tetapi tidak dapat dilihat secara jelas gambaran yang teliti ekoran daripada faktor cahaya pada bahagian latar.



B) Siluet tumbuhan

1)



Siluet tumbuhan iaitu pokok kelapa dan semak samun. Kelihatan juga warna kereta yang samar.



2)



Siluet pemandangan di pantai. Bentuk pokok, meja dan jaring bola tampar kelihatan bentuk dan berwarna hitam.




KEHADIRAN 12 APRIL 2021

Rabu, 14 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 4-ASAS FOTOGRAFI-PEMANDANGAN

RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

💧 PEMANDANGAN 💧


Gambar pemandangan ialah gambar yang memfokuskan keseluruhan situasi atau gambaran yang diinginkan. Sesuatu gambar pemandangan yang cantik ialah apabila gambar tersebut menampakkan keseluruhan gambaran yang jelas dan keadaan sekelilingnya yang cantik. 


Contoh gambar pemandangan beserta draf:

1)


Pemandangan yang mempamerkan keadaan langit pada waktu senja. Teknik pencahayaan juga memainkan peranan bagi menampakkan gambar pemandangan lebih cantik.



2)


Pemandangan dari sudut pandangan bawah camera ini menunjukkan keadaan ombak yang menghempas batu pantai.



3)


Pemandangan di atas dapat memberikan gambaran bahawa gambar ini dilokasi tepi pantai. Gambaran sekeliling yang menampakkan pantai, pokok kelapa dan jalan kecil dapat menarik mata audien.





KEHADIRAN 12 APRIL 2021

Selasa, 13 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 4-ASAS FOTOGRAFI-PORTRAIT

RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

💋 PORTRAIT 💋


Portrait ialah gambar yang diambil dengan memfokuskan seseorang atau sesuatu objek dalam jarak yang dekat. Kebiasaannya, gambar portrait di ambil dalam studio tertutup bagi menampakkan gambar lebih jelas. Portrait diambil dalam jarak yang dekat kerana ia dapat mengekpresikan perasaan dan rupa seseorang atau sesuatu objek. Gambar portrait juga dapat diambil melalui tiga jenis iaitu menampakkan wajah sahaja, menampakkan badan separas pinggang, dan menampakkan seluruh badan dalam keadaan duduk.


Contoh gambar portrait beserta draf:

A) Portrait wajah
    
    1)


MODEL: Intan Nur Azriena

Portrait wajah model di atas hanya dapat dilihat sebahagian besar sahaja. Hal ini kerna,a model memakai topeng muka yang hanya memaparkan mulut, mata dan sebahagian hidung sahaja. Namum begitu, portrait ini dapat merincikan kedutan pada muka, bulu mata, jerawat dan juga tekstur topeng muka tersebut secara jelas.



2)


MODEL: Anis Izzati

Portrait yang menunjukkan seluruh wajah. Disamping itu, penggunaan pencahayaan yang seakan di dalam studio tertutup.


3)


MODEL: Juwita Qaisara

Gambar di atas menunjukkan model yang memberikan reaksi atau emosi seakan menunjukkan wajahnya yang di tata rias.



B) Portrait separuh badan

1)


MODEL: Aina Nasuha

Portrait yang menunjukkan badan tetapi hanya separas dada dan seluruh bentuk muka. Gambar ini juga menampakkan latar belakang yang mempunyai sebahagian sudut sebuah lukisan.


2)


MODEL: Aisyah Naurah

Portrait di atas pula menampakkan sebahagian badan iaiu separas pinggang. Namun begitu, model membelakangi kamera dan tidak dapat melihat wajahnya.


3)


MODEL: Nur Hidayah

Gambar di atas jelas menunjukkan portrait separuh badan yang separas pinggang dan menampakkan wajah model tersebut dengan jelas.



C) Portrait dalam keadaan duduk

1)


MODEL: Intan Nur Azriena

Portrait yang menampakkan seluruh badan model yang dalam keadaan duduk di atas kerusi.



2)

MODEL: Intan Nur Azriena

Portrait model di atas dalam posisi duduk di bawah atau separa bersila.



3)


MODEL: Anis Izzati

Kedudukan model di atas adalah secara duduk di atas objek iaitu batu pantai. Keseluruhan badan model tidak melibatkan kaki.




KEHADIRAN 12 APRIL 2021

BBM3410-2021-MINGGU 4-ASAS FOTOGRAFI-MEDIUM SHOT

RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia

MEDIUM SHOT


Medium shot bermaksud gambar yang diambil dalam jarak yang hampir dengan kamera atau video. Berbanding dengan long shot, teknik ini menampakkan wajah seseorang kelihatan lebih menyerlah dan dapat memperlihatkan aktiviti yang dilakukan dengan jelas. 


Contoh gambar medium shot beserta draf:

1)


MODEL: Intan Nur Azriena

Gambar model di atas secara medium shot tidak menampakkan keseluruhan wajahnya. Namun begitu, medium shot ini dilihat melalui kedutan dan garisan pada baju. Disamping itu, latar belakang pokok yang memperlihatkan daun secara menyeluruh.



2)


MODEL: Intan Nur Azriena

Medium shot ini lebih kurang sama dengan medium shot gambar 1. Latar belakang gambar ini lebih luas kerana berlatarbelakangkan pantai dan terdapat beberapa orang di latar gambar tersebut.



3)


MODEL: Penanda Buku

Medium shot tidak terbatas kepada manusia sahaja, namun medium shot juga sesuai untuk objek atau barang. Misalnya, gambar di atas ialah sebuah penanda buku yang mendominasi mata audien untuk membaca perkataan yang terdapat di atasnya. Kesesuaian warna juga diaplikasikan pada latar belakang dan penanda buku tersebut.




KEHADIRAN 12 APRIL 2021

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARNA 7. ASA...