RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
💋 PORTRAIT 💋
Portrait ialah gambar yang diambil dengan memfokuskan seseorang atau sesuatu objek dalam jarak yang dekat. Kebiasaannya, gambar portrait di ambil dalam studio tertutup bagi menampakkan gambar lebih jelas. Portrait diambil dalam jarak yang dekat kerana ia dapat mengekpresikan perasaan dan rupa seseorang atau sesuatu objek. Gambar portrait juga dapat diambil melalui tiga jenis iaitu menampakkan wajah sahaja, menampakkan badan separas pinggang, dan menampakkan seluruh badan dalam keadaan duduk.
Contoh gambar portrait beserta draf:
A) Portrait wajah
1)
Portrait wajah model di atas hanya dapat dilihat sebahagian besar sahaja. Hal ini kerna,a model memakai topeng muka yang hanya memaparkan mulut, mata dan sebahagian hidung sahaja. Namum begitu, portrait ini dapat merincikan kedutan pada muka, bulu mata, jerawat dan juga tekstur topeng muka tersebut secara jelas.
2)
Portrait yang menunjukkan seluruh wajah. Disamping itu, penggunaan pencahayaan yang seakan di dalam studio tertutup.
3)
Gambar di atas menunjukkan model yang memberikan reaksi atau emosi seakan menunjukkan wajahnya yang di tata rias.
B) Portrait separuh badan
Portrait yang menunjukkan badan tetapi hanya separas dada dan seluruh bentuk muka. Gambar ini juga menampakkan latar belakang yang mempunyai sebahagian sudut sebuah lukisan.
MODEL: Aisyah NaurahPortrait di atas pula menampakkan sebahagian badan iaiu separas pinggang. Namun begitu, model membelakangi kamera dan tidak dapat melihat wajahnya.
3)
Gambar di atas jelas menunjukkan portrait separuh badan yang separas pinggang dan menampakkan wajah model tersebut dengan jelas.
C) Portrait dalam keadaan duduk
1)
Portrait yang menampakkan seluruh badan model yang dalam keadaan duduk di atas kerusi.
2)
Portrait model di atas dalam posisi duduk di bawah atau separa bersila.
3)
Kedudukan model di atas adalah secara duduk di atas objek iaitu batu pantai. Keseluruhan badan model tidak melibatkan kaki.