Khamis, 15 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 4-PETA MINDA ASAS FOTOGRAFI

RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia


ASAS FOTOGRAFI terbahagi kepada sembilan iaitu:

1) Long Shot


2) Medium Shot




3) Pemandangan




4) Siluet




5) Pendua




6) Portrait




7) Kabur




8) Over the Shoulder




9) Bird's Eye View

BBM3410-2021-MINGGU 4-ASAS FOTOGRAFI-BIRD'S EYE VIEW

RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia

💕 BIRD'S EYE VIEW 💕

Bird's eye view ialah gambar yang diambil dengan posisi kamera yang lebih tinggi dari objek yang diambil. Bagi jurufoto yang profesional, gambar bird's eye view dapat diambil menggunakan teknologi "drone" yang mampu terbang tinggi. 


Contoh gambar bird's eye view beserta draf:

1)



Gambar dari pandangan atas yang menampakkan pokok dibawah. Tambahan pula, kereta, bangunan dan bukit dapat dilihat dari sudut pandangan atas ini.



2)


Pandangan mata burung yang dapat diambil di latar jalan raya.


3)



Pemandangan yang diambil di atas lebuh raya yang menampakkan keadaan disekitar kawasan dibawah lebuh raya tersebut.





KEHADIRAN 12 APRIL 2021

BBM3410-2021-MINGGU 4-ASAS FOTOGRAFI-OVER THE SHOULDER

RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. 

💣 OVER THE SHOULDER 💣

Over the shoulder bermaksud gambar yang diambil pada posisi kamera di belakang bahu seseorang dan hanya bahunya kelihatan dalam gambar tersebut. Namun begitu, bahu itu bukanlah objek utama, tetapi objek utama ialah seseorang yang menghadap mukanya di hadapan kamera yang berlatarbelakangkan bahu objek kedua tadi.


Contoh gambar over the shoulder beserta draf:

1)


MODEL: Siti Miasarah dan Aniq Fatra

Model budak perempuan yang menjadi objek utama manakala bahu model budak lelaki menjadi objek kedua.



2)

MODEL: Aniq Fatra dan Siti Miasarah

Objek utama bagi gambar di atas ialah budak lelaki manakala bahu objek kedua ialah budak perempuan. Sudut over shoulder juga berubah.



3)

MODEL: Intan Nur Azriena dan Badarizal

Over the shoulder yang menampakkan sisi bahu model kedua dan bahagian kepala model pertama.






KEHADIRAN 12 APRIL 2021

BBM3410-2021-MINGGU 4-ASAS FOTOGRAFI-PENDUA

RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. 

👀 PENDUA 👀

Pendua ialah gambar yang diambil dengan pantulan daripada air, cermin atau bayang-bayang. Pantulan ini akan menghasilkan dua gambar atau bentuk yang sama yang dikenali sebagai pendua.


Contoh gambar pendua beserta draf:

A) Pendua dari cermin

1)



Ilustrasi pendua di atas dapat dikenal pasti melalui garisan cermin di tengah-tengah gambar.


2)

MODEL: Nur Melati Izara

Pendua cermin yang memberikan pantulan wajah seseorang.



B) Pendua dari air

1)

MODEL: Masjid Terapung Kuala Ibai

Pantulan air yang menampakkan seluruh bentuk masjid dan kawasan disekeliling masjid.



2)


Pendua dari air yang menghasilkan pendua cahaya matahari.



C) Pendua dari bayang-bayang

1)

MODEL: Muhd Aniq Fatra

Bayang-bayang model di atas terpantul apabila matahari berada pada sudut 160 darjah.



2)

MODEL: Bola

Pendua bayang-bayang objek bola di atas terpantul apabila menggunakan sumber cahaya semula jadi iaitu cahaya matahari.





KEHADIRAN 12 APRIL 2021

BBM3410-2021-MINGGU 4-ASAS FOTOGRAFI-KABUR

RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

💔 KABUR 💔

Kabur ialah gambar yang berlatarbelakangkan pandangan yang kabur. Objek yang menjadi latar belakang masih dapat dilihat walaupun ianya kabur. Tujuan kaedah kabur ini ialah untuk memfokuskan objek dalam gambar tersebut dapat ditonjolkan.


Contoh gambar kabur beserta draf:

A) Kabur bagi tumbuhan:

1) 



Gambar bunga di atas menunjukkan keadaan bunga yang jelas di mana kelihatannya lima kelopak bunga, daun dan sebahaginya. Namun begitu, latar belakang gambar tersebut di kaburkan.



2)



Bunga dihadapan tidak dapat dilihat dengan jelas kerana gambar ini kabur pada bahagian hadapan. Namun begitu, bunga dan daun pada bahagian belakang dapat diperhatikan cirinya dengan jelas.



B) Kabur bagi haiwan

1)


MODEL: Katak

Tekstur kulit katak di atas dapat dilihat dengan jelas iaitu mempunyai bintik kecil dan berwarna putih hitam. Namun, pada bahagian mata katak dikaburkan disamping latar belakang yang turut kabur.



2)


MODEL: Siput Babi

Kabur dalam gambar di atas ialah pada bahagian sebelah kanan yang menampakkan palang besi dan jalan raya. Model siput babi dapat dilihat dengan jelas.





KEHADIRAN 12 APRIL 2021

BBM3410-2021-MINGGU 4-ASAS FOTOGRAFI-SILUET

RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

💬 SILEUT 💬

Siluet merupakan gambar yang mementingkan aspek pencahayaan di mana objek perlu berbentuk gelap dan garis besar objek tersebut kelihatan dalam cahaya terhad terhadap latar belakangnya yang cerah. Bahagian dalam siluet perlulah menonjol daripada latar belakang cahaya yang biasanya berwarna putih atau tiada warna sama sekali. 


Contoh gambar siluet beserta draf:

A) Siluet manusia

1)


MODEL: Intan Nur Azriena

Siluet model di atas menggunakan cahaya latar belakang yang kurang cerah menyebabkan bentuk model tersebut menampakkan sedikit wajahnya dalam gelap.



2)


MODEL: Syed Rahman

Objek bot dan manusia yang sedikit samar tetapi tidak dapat dilihat secara jelas gambaran yang teliti ekoran daripada faktor cahaya pada bahagian latar.



B) Siluet tumbuhan

1)



Siluet tumbuhan iaitu pokok kelapa dan semak samun. Kelihatan juga warna kereta yang samar.



2)



Siluet pemandangan di pantai. Bentuk pokok, meja dan jaring bola tampar kelihatan bentuk dan berwarna hitam.




KEHADIRAN 12 APRIL 2021

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARNA 7. ASA...