RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.
Dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi oleh Normaliza Abd Rahim (2019) terdapat kajian wacana tekstual cerita sosial yang menganalisis lima cerita sosial yang bertajuk "Keluarga Saya", "Saya yang Istimewa", "Nenek dan Datuk", "Hati" dan "Jiran". Selain itu, terdapat beberapa maklumat yang diperoleh melalui kelima-lima cerita sosial ini antaranya:
1) Pembahagian Kata Kerja, Kata Adjektif, Kata Nama, Kata Ganti Nama, Kata Sendi, Kata Arahan dan Kata Tanya.
Bilangan Cerita Sosial |
Kata
Kerja |
Kata
Adjektif |
Kata Nama |
Kata
Ganti Nama |
Kata
Sendi |
Kata
Arahan |
Kata
Tanya |
Nenek dan Datuk |
Pulang- 3 Tinggal-3 Bermain- 1 Bisik-1 Tanya-2 Menunjuk-1 Berjumpa-1 Kata-1 Ujar-1 Mengeluarkan- 1 Menangis- 8 Mengangkat- 1 Berjalan- 1 Membantu-1 Mengendahkan-1 Berdiri- 2 Menonton- 2 Menolong- 1 Melihat-1 Memujuk-1 Jumlah=34 |
Tidak Sabar-1 Puas-1 Hairan- 1 Keliru- 2 Marah - 1 Sedih- 3 Jumlah=9 |
Alim - 46 Nenek dan datuk- 14 Ibu- 3 Bapa- 3 Kak Madinah- 3 Abang Imran- 3 Aisyah- 3 Melaka- 1 Reban- 7 Ayam dan itik- 10 Kampung- 5 Rumah- 5 Jumlah=103 |
Mereka-
3
Jumlah=3 |
Di - 7 Dalam -1 Ke- 6 Akan- 9 Untuk- 9 Kepada- 2 Daripada- 1 Dari- 1 Antara-1 Jumlah= 37 |
Tolong- 2 Jumlah=2 |
Tiada |
Saya yang Istimewa |
Menolong- 1 Makan-4 Tanya-1 Berlari-2 Beli-1 Jerit-1 Membawa- 1 Membeli- 3 Panggil- 1 Melompat-lompat – 1 Berpesan-1 Berkongsi – 4 Menghulurkan-1 Mengasingkan- 1 Mengambil- 1 Memberikan- 1 Mengucapkan-1 Mengemas-1 Menyapu- 1 Memandang- 1 Menyapu-1 Jumlah=30 |
Gemar-1 Sedih- 3 Tersenyum- 2 Baik- 6 Bagus-1 Kotor-1 Puas-1 Jumlah=15 |
Alim - 27 Ibu- 14 Bapa- 9 Sulaiman- 10 Kak Madinah- 3 Abang Imran- 3 Aisyah- 3 Rumah- 5 Jiran- 2 Buah-buahan - 5 Buah rambutan- 2 Buah manggis- 4 Buah duku- 1 Buah langsat- 1 Buah durian - 1 Pasar tani- 1 Jumlah=31 |
Kita- 5 Kamu- 1 -nya – 4 Jumah=10 |
Akan- 2 Ke- 7 Di- 17 Untuk- 2 Dengan- 1 Dari- 3 Oleh- 1 Daripada- 2 Tentang- 1 Jumlah= 36 |
Tiada |
Mengapa- 2 Apa- 1 Kenapa- 2 Jumlah= 5 |
Keluarga saya |
Memandang-2 Bermain- 1 Membuat-1 Berjalan- 2 Menyimpan-1 Menolong- 6 Jawab-1 Mengutip-1 Seru-1 Mengemas- 1 Menyimpan- 1 Menyapu- 2 Memegang- 2 Memujuk- 1 Belajar- 2 Bisik-1 Bersabar-1 Jumlah=25 |
Ketawa- 1 Resah-1 Tersenyum- 5 Baik- 1 Berjaya-1 Gagal-1 Rindu- 2 Penyayang- 1 Rajin- 2 Sabar- 1 Jumlah=16 |
Alim - 40 Ibu- 14 Bapa- 8 Kak Madinah- 3 Abang Imran- 3 Aisyah- 4 Jiran- 2 Rumah-4 Jumlah=78 |
Dia- 2 Saya- 9 Kami- 1 Mereka- 2 -nya – 2 Jumlah=16 |
Dari- 2 Di- 3 Dalam- 3 Akan- 2 Ke- 9 Kepada- 5 Untuk- 1 Dengan- 3 Jumlah= 28 |
Mari- 1 Jangan- 1 Jumlah= 2 |
Mana- 1 Kenapa- 1 Jumlah= 2 |
Hati |
Membawa- 3 Berkongsi- 2 Beredar-1 Mengajar- 3 Memberikan- 1 Mengemas- 1 Menjual-1 Belajar- 1 Tunduk-1 Menyebut-1 Beritahu- 1 Mengusap-usap - 1 Memakai- 1 Memakan-1 Membeli-3 Membayar-2 Duduk-1 Jumlah=25 |
Rajin- 1 Pandai- 5 Bangga- 1 Suka- 1 Baik hati- 1 Jumlah=9 |
Alim - 42 Nenek- 1 Ibu-10 Rakan-3 Kelas-2 Orang
tua-1 Bapa- 1 Kak Madinah- 1 Cikgu Anis-11 Abang Imran- 1 Aisyah- 1 Guru besar- 1 Rakan- 6 Sekolah 5 Jiran - 1 Kek cawan- 5 Sayur bayam- 1 Jumlah=93 |
Tiada |
Ke- 7 Dengan- 6 Akan- 1 Untuk- 9 Di- 7 Tentang- 1 Kepada- 2 Seperti- 1 Jumlah= 34 |
Tiada |
Bagaimana- 4 Jumlah= 4 |
Jiran |
Mempunyai-1 Menyusun- 2 Mengemas- 1 Membaca- 3 Memberikan- 2 Berkongsi- 3 Mempunyai-1 Bersekolah-1 Menghulurkan-1 Membelek-belek-1 Beredar-1 Menangis- 3 Berdoa-1 Membawa- 2 Melihat-1 Merungut-1 Menemani-1 Bercerita-1 Mendiamkan-1 Melambai-lambai – 1 Jumlah=29 |
Sedih- 2 Tersenyum- 1 Gembira-1 Suka-1 Pemurah-2 Sakit-3 Sembuh-2 Sihat-2 Jumlah=14 |
Alim - 38 Ibu- 5 Bapa- 2 Kak Madinah- 4 Abang Imran- 6 Aisyah- 4 Sulaiman- 7 Klinik- 1 Jiran- 3 Buku- 10 Jumlah=80 |
Dia- 3 Saya- 1 Kamu- 1 Mereka- 5 -nya – 1 Jumlah=11
|
Oleh- 1 Akan- 7 Pada- 1 Dengan- 6 Kepada- 1 Di- 3 Tentang- 1 Ke- 3 Jumlah= 23 |
Tiada |
Kenapa- 1 Jumlah= 1 |
2) Perbandingan antara Cerita Sosial "Keluarga Saya", "Saya yang Istimewa", "Nenek dan Datuk", "Hati" dan "Jiran".
Judul |
Sinopsis |
Nilai |
Pengajaran |
Nenek dan datuk |
Alim dan keluarga sedang menuju ke destinasi iaitu rumah Nenek dan
Datuk di Kajang. Dia sangat gembira untuk pulang ke kampung. Hal ini kerana
di kampungnya di kajang mempunyai banyak ayam dan itik. Dia ingin bermain
bersama-sama dengan itik dan ayam di kampung. Setelah 30 minit perjalanan,
Alim sampai ke kampungnya. Dia mula mencari dan mendapati tiada ayam dan itik
di kampungnya menyebabkan dia menangis. Ibu, Bapa, Kakak Madinah dengan Abang Imran sibuk mengeluarkan bag dan
mengangkat masuk barang peribadi mereka ke dalam rumah. Manakala Aisyah sibuk mencari mainan yang tertinggal di
celah-celah kerusi di dalam kereta.
Nenek dan Datuk yang melihat Alim menangis di tepi reban terus mereka
mendapatkan Alim. Alim menyangka bahawa semua ayam dan itik di dalam reban telah mati
tetapi Datuk telah membuat reban baru kira-kira 50 meter dari reban lama.
Apabila Alim melihat ayam dan itik berada di dalam reban baru Alim mula berhenti
menangis dan tidak mengendahkan datuk dan neneknya. Setelah melihat ayam dan itik, Alim mula masuk ke dalam rumah dengan
keadaan pelik dan aneh kerana merasakan keadaan rumah nenek dan datuk lain
daripada biasa. Ibu, Bapa, Datuk dan Nenek rasa sedih kerana Alim tidak
seperti biasa. Dia kerap menangis setelah tiba di rumah. Namun, apabila
pulang ke kampung, Alim sekeluarga lebih rapat. |
Tolong menolong- Ibu, Bapa, Kakak Madinah serta Abang Imran
membantu mengangkat barang-barang seperti beg, barang keperluan, baju dan
sebagainya ke dalam rumah Datuk dan Nenek. Rajin- Datuk sangat rajin kerana telah membina
reban baru untuk ayam serta itik peliharaannya. Kasih sayang- Datuk dan Nenek menenangkan Alim yang sedang
menangis di tepi reban dan menenangkannya yang hairan dengan keadaan rumah
Datuk dan Nenek sambil berjalan keliling rumah. Mengeratkan
Hubungan silaturahim- Kakak
Madinah, Abang Imran, Aisyah serta Alim yang menonton televisyen cerita
kartun sambil bergelak tawa.
|
-Kita mestilah
bersangka baik dengan tidak memulakan andaian sebaliknya mencari jalan
penyelesaian atau melihat sesuatu keadaan dengan sebaiknya. -Kita mestilah
sentiasa menyayangi ahli keluarga walau bagaimana pun keadaannya. -Kita haruslah
sentiasa membantu ibu bapa bagi meringankan beban mereka sedikit sebanyak.
|
Saya yang istimewa |
Kisah saya yang
istimewa mengisahkan kehidupan keluarga Alim. Saya yang istimewa banyak memaparkan nilai sosial yang boleh
dijadikan teladan kepada orang ramai. Kisahnya bermula dengan permintaan Alim
yang ingin berkongsi buah-buahan yang dibelikan oleh bapanya kepada Sulaiman.
Alim tersenyum gembira apabila Sulaiman mengucapkan terima kasih kepadanya.
Nilai-nilai baik yang diterapkan oleh keluarga Alim kepadanya menjadikannya
seorang anak yang istimewa kerana setiap perbuatannya memberi kesan yang baik
kepada keluarga yang lain dan masyarakat disekelilingnya. |
- Nilai
bertanggungjawab dan penyayang . Contohnya, bapa Alim membawa pulang
banyak buah-buahan kesukaan anak-anaknya seperti rambutan, durian , manggis
dan sebagainya. - Nilai
berkongsi. Contohya, Ibu pernah mengajar Alim tentang nilai berkongsi
sehingga Alim ingin berkongsi buah-buahan tersebut dengan jirannya Sulaiman.
Alim masih ingat nasihat ibu bapa untuk berkongsi apa -apa juga makanan atau
barang dengan orang lain. - Nilai baik
hati. Contonya, ibu mengatakan Alim seorang yang baik kerana mahu
berkongsi dengan Sulaiman dan jelas terlihat melalui perbuatan Alim - Nilai adil .Contoh,
Bapa menyuruh Imran memanggil ibu dan adik-adiknya yang lain untuk menikmati
buah-buahan bersama-sama. -Nilai tolong
-menolong. Contohnya, Alim
membantu membuang sampah ke dalam tong sampah besar di luar rumah |
-Kita haruslah
bertanggungjawab dan menyayangi keluarga. Hal ini jelas terlihat melalui
watak bapa Alim yang membelikan buah-buahan kesukaan anak-anaknya. - Kita perlulah
berkongsi makanan atau barang dengan orang lain. Peristiwa ini berlaku
melalui tindakan Alim yang memberi buah-buahan dalam plastik kepada Sulaiman.
Kita perlulah
bersikap baik hati terutama kepada jiran tetangga. Hal ini dapat dilihat
melalui sikap Alim yang berkongsi buah-buahan dengan jirannya Sulaiman. Kita mestilah sikap
adil dalam semua perkara. Sikap ini jelas terlihat melalui sikap bapa yang
menyuruh Imran memanggil ibu dan adik -beradik yang lain untuk makan bersama
supaya semua dapat menikmati bauh-buahan tersebut dengan adil - Kita perlulah
bersikap tolong-menolong antara satu sama lain. Sikap ini dilihat melalui
watak Alim yang membantu ibunya membuang sampah ke dalam tong sampah besar di
luar rumahnya. |
Keluarga |
Alim merupakan seorang budak lelaki istimewa yang
berumur 9 tahun. Dia mempunyai bapa bernama Ismail, ibu bernama Kamilah,
abang bernama Imran, kakak bernama Madinah dan adik perempuan bernama Aisyah.
Keluarga Alim sentiasa memastikan Alim mengenali nama ahli keluarganya. Hal
ini kerana ibu bapa Alim mahu Alim tahu dan boleh menyebut setiap nama dalam
keluarga. Alim akan melihat ke arah setiap gambar di dinding rumahnya setiap
hari. Selain itu, Alim juga suka menolong membuat kerja rumah. Hal ini kerana
Alim sentiasa menolong ibu bapanya setiap hari. Alim diajar daripada kecil
untuk mengemas permainan setelah bermain. Perkara ini turut diterapkan kepada
adik Alim iaitu Aisyah diajar untuk mengemas setelah bermain. Ibu bapa Alim
turut memberikan kata-kata motivasi kepada Alim. Seperti menyebut “Alim anak
yang baik dan baik” dan “Alim suka tolong Adik”. Kata-kata pujian tersebut
secara tidak langsung mengingatkan Alim supaya sentiasa membuat perkara yang
baik. Alim juga mempunyai sikap sentiasa mahu belajar. Alim akan mempelajari
sesuatu perbuataan itu daripada abang dan kakaknya. Seperti cara untuk
menyapu sampah. Mereka tahu Alim adik istimewa dan perlu memberikan contoh
teladan yang baik terlebih dahulu baru dia akan mengikutinya. Apabila Alim
kelihatan resah dan kecewa ibu akan memujuknya. Pujukan ibu akan dapat
membuatkan Alim berasa tenang dengan perbuatan ibu. Alim seorang kanak-kanak
yang rajin, sentiasa mahu belajar dan dia juga seorang yang penyayang.
|
-Nilai Kasih Sayang Keluarga Alim sentiasa menerapkan
sejak awal lagi supaya setiap ahli keluarga dikenal dengan nama dan wajah
mereka. -Nilai Tolong Menolong Kakak Madinah iaitu akak kepada
Alim sentiasa menolong Alim dengan menunjukkan cara menyapu sampah dan abang
Alim iaitu abang Imran pula menolong Alim dengan menunjukkan cara menyapu
sampah. -Nilai Kesabaran Ibu sentiasa sabar dengan tingkah
laku Alim sebagai anak istimewa. Ibu memberikan ruang untuk Alim mencuba
pelbagai perkara baharu. -Nilai Baik Hati, Bertanggungjawab dan Tolong
Menolong. Kakak Madinah dan Abang Imran
mengetahui Alim seorang adik yang istimewa, mereka sentiasa memberikan contoh
teladan yang baik kepada Alim.
|
-Kita mestilah menyayangi ahli
keluarga kita. Walaupun Alim merupakan anak istimewa, ahli keluarganya
sentiasa menyayanginya seperti kanak-kanak normal dan mengambil berat
terhadap Alim. -Kita haruslah prihatin terhadap masalah orang lain.
Ibu sentiasa memujuk Alim sambil tersenyum apabila Alim gagal menyiapkan
sesuatu perkerjaan. Ibu akan cuba sedaya upaya memujuk Alim menyiapkan kerja
itu sehingga selesai.
|
Hati |
Cerita Sosial 4 iaitu Hati menceritakan
kisah seorang kanak-kanak iaitu Alim yang mempunyai hati yang bersih.
Penceritaannya berlatarbelakangkan hari jadi kanak-kanak tersebut. Pada mulanya,
ibu Alim menyediakan kek cawan untuk dibawa oleh Alim ke sekolah sebagai
tanda merayakan ulang tahun nya. Ibu Alim juga mendoakan agar Alim menjadi
manusia yang baik kerana dia tahu bahawa Alim akan belajar dengan rajin dan
seorang yang pandai menjada dirinya. Setelah itu, penceritaan disambung
dengan latar tempat di sekolah. Alim menceritakan perihal Cikgu Anis yang
juga mempunyai hati yang baik terhadap pelajar-pelajarnya. Alim menyatakan
bahawa Cikgu Anis banyak mengajar Alim untuk menjaga diri sendiri. Antaranya,
Cikgu Anis mengajarkan untuk menaiki bas, membeli barang di kedai runcit dan
pasar tani. Setelah itu, Alim mengagihkan kek cawan yang dibawanya kepada
rakan sekelas dan sama-sama menikmati kek cawan tersebut. Akhir cerita, Alim
menyatakan bahawa dia akan menunggu arahan dari Cikgu Anis untuk belajar. |
-Nilai kasih sayang. Ibu Alim
menonjolkan nilai kasih sayang apabila dia membuat kek cawan untuk Alim.
Tambahan pula, kasih sayang yang ditunjukkan semasa ibunya mengucapkan
selamat hari lahir kepada Alim.
-Nilai kebersihan. Alim menjaga
kebersihan dan kekemasan diri apabila dia sentiasa mengemas katil sebelum ke
sekolah, memakai baju dan kasut sekolah tanpa bantuan ibunya.
-Nilai berkongsi. Sikap Alim yang suka
berkongsi kek cawan dengan rakan serta gurunya di sekolah.
-Nilai penyayang yang ditunjukkan oleh Cikgu Anis. Cikgu Anis mengajarkan Alim untuk berdikari di samping menyantuni
orang tua.
-Nilai berterima kasih. Alim sering mengucapkan terima kasih
kepada ibunya apabila diucapkan selamat hari lahir. Di samping itu,
rakan-rakan Alim juga mengucapkan terima kasih apabila menerima kek cawan. |
Kita seharusnya mempunyai sikap yang baik
dan menghargai jasa guru. Hal ini kerana, guru adalah seorang yang
mengajarkan kita tentang pembelajaran dan juga kehidupan.
Kita perlulah pandai menjaga diri.
Sekiranya kita dapat menjaga diri sendiri, maka kita tidak akan menyusahkan
orang lain di samping dapat menyenangkan hati orang di sekeliling.
Kita juga haruslah mempunyai rasa
tanggungjawab. Sikap bertanggungjawab ditonjolkan oleh Alim dan Cikgu Anis
dimana Alim bertanggungjawab untuk menguruskan diri sendiri manakala Cikgu
Anis bertanggungjawab memberikan didikan kepada pelajarnya.
KIta sepatutnya mempunyai sikap suka
berkongsi. Hal ini kerana, sikap berkongsi yang diamalkan akan memberikan
kesenangan kepada orang sekeliling untuk bergaul dengan kita. |
Jiran |
Cerita Sosial 5 iaitu Jiran mengisahkan
tentang Alim yang mempunyai sikap suka akan membaca. Alim amat suka menyusun
dan mengemas buku-buku yang dihadiahkan oleh bapa, ibu, abang dan kakaknya.
Selain itu, Alim juga suka berkongsi bukunya dengan jiran sebelah iaitu
Sulaiman. Sulaiman merupakan jiran sebelah rumahnya yang begitu rapat dengan
keluarga Alim. Pada kemuncak cerita, Alim mengalami sakit yang mengakibatkan
badannya panas dan tidak bermaya. Semasa Alim sakit, dia tidak dapat membaca
buku ceritanya lagi dan tidak akan bercakap serta merungut kepada ibu
bapanya. Setelah itu, Alim kembali sihat dan dapat membaca buku bersama adik
beradiknya semula. Sulaiman juga sedikit sebanyak mengambil berat terhadap
Alim apabila Sulaiman menjenguknya melalui pagar rumah mereka. |
-Nilai suka membaca yang ditonjolkan
oleh Alim, abang, kakak dan Sulaiman. Sikap membaca amat bagus untuk
kanak-kanak bagi menambahkan ilmu pengetahuan.
-Nilai suka memberi. Alim amat suka
memberi dan berkongsi barangannya dengan adik beradik serta jirannya. Hal ini
dapat memupuk sikap bertimbang rasa dalam diri Alim.
-Nilai suka akan kekemasan. Alim
menyatakan bahawa dia sering menyusun dan mengemas buku-bukunya mengikut
adjab setiap hari.
Nilai mengambil berat. Nilai ini ditunjukkan melalui watak ahli keluarga Alim yang
mengambil berat apabila Alim jatuh sakit. Mereka amat risau dengan keadaan
Alim dan menjaganya sehingga sembuh. Nilai jiran yang prihatin. Sulaiman menunjukkan sikap prihatin terhadap Alim apabila Alim
jatuh sakit. Dia juga sering menjenguk Alim melalui pintu pagar rumahnya. |
Kita perlulah mempunyai sikap suka akan
membaca. Hal ini kerana, membaca adalah satu amalan yang mulia disamping
dapat menambahkan ilmu pengetahuan.
Kita seharusnya menjadi pemurah dengan
orang disekeliling. Sekiranya kita suka akan berkongsi barangan atau makanan
kepada orang lain, maka mereka juga akan berbuat demikian terhadap kita.
Kita juga sepatutnya menjadi jiran yang
baik dan prihatin terhadap jiran-jiran disekeliling. Hal ini kerana, jiran
boleh dianggap sebagai keluarga terdekat yang kita dapat tolong dan meminta
tolong sekiranya diperlukan. |
3) Kandungan, Konteks dan Andaian dalam Cerita Sosial
Kandungan
Judul |
Teks |
Tema |
Sampel/Bahan |
Jenis |
Nenek dan Datuk |
Cerita pendek |
Kekeluargaan |
Nenek, datuk, ibu, bapa, Imran, Madinah, Aisyah, Alim |
Penceritaan |
Saya yang Istimewa |
Cerita pendek |
kekeluargaan |
Nenek, datuk, ibu, bapa, Imran, Madinah, Aisyah, Alim |
Penceritaan |
Keluarga |
Cerita pendek |
Kekeluargaan |
Ibu, bapa, Imran, Madinah, Aisyah, Alim |
Penceritaan |
Hati |
Cerita pendek |
Kemasyarakatan |
Ibu, cikgu, Alim, rakan-rakan |
Penceritaan |
Jiran |
Cerita pendek |
Kejiranan |
Ibu, Madinah, Imran, Aisyah, Sulaiman, Alim |
Penceritaan |
Konteks
Judul |
Tatabahasa |
Latar |
Emosi |
Nenek dan Datuk |
Penggunaan kata dan ayat yang mudah dan
sesuai untuk semua termasuk kanak-kanak istimewa |
Kampung nenek dan datuk |
Gembira,
rindu, sedih, marah, keliru, puas hati |
Saya yang Istimewa |
Penggunaan kata dan ayat yang mudah dan
sesuai untuk semua termasuk kanak-kanak istimewa. |
Rumah ibu dan bapa |
Gembira, puas hati, sedih |
Keluarga |
Penggunaan kata dan ayat yang mudah dan
sesuai untuk semua termasuk kanak-kanak istimewa. |
Rumah dan Ibu Bapa |
Gembira, resah |
Hati |
Penggunaan kata dan ayat yang mudah dan
sesuai untuk semua termasuk kanak-kanak istimewa. |
Sekolah, rumah, jiran |
Gembira |
Jiran |
Penggunaan kata dan ayat yang mudah dan
sesuai untuk semua termasuk kanak-kanak istimewa. |
Rumah ibu bapa dan jiran |
Gembira, simpati, ambil berat dan sedih |
Andaian
Judul |
Andaian
dalam Cerita Sosial |
Nenek
dan Datuk |
-Nenek dan datuk terkejut melihat Alim
menangis. Ini berkemungkinan sebelum ini nenek dan datuk tidak pernah melihat
Alim menangis dan marah. Nenek dan datuk juga sedih melihat Alim menangis. - Perbualan antara Alim dan nenek serta
datuknya menunjukkan bahawa terdapat persoalan dan perujukan. Soalan pertama
yang ditanya oleh nenek dan datuk jelas menunjukkan bahawa mereka ingin
kepastian tentang mengapa Alim menangis? Mungkin mereka beranggapan Alim
sakit atau lapar. Setelah mendapat jawapan, barulah mereka faham mengapa Alim
begitu. -Alim masih tidak faham dan sedih dan
mengandaikan bahawa ayam dan itik sudah mati. Hal ini menunjukkan bahawa Alim
sangat sayang akan binatang. Setelah Alim mendapat jawapan tentang ayam dan
itik, dia kelihatan gembira semula. -Alim kelihatan keliru apabila melihat
keadaan rumah nenek dan datuk yang lain daripada biasa. Watak nenek
menunjukkan bahawa nenek seorang yang lemah lembut dan penyayang apabila dia
memujuk Alim dengan bercerita secara
terperinci tentang perabot di rumah itu. Hal ini berkemungkinan kerana suara
nenek yang lembut mampu menenangkan Alim. |
Saya
yang Istimewa |
-Pada hari Ahad yang lalu, bapa Alim membawa pulang banyak buah-buahan.
Bapa telah membeli buah-buahan dari pasar tani. Bapa tahu, Alim, abang Imran,
kak Madinah dan Aisyah gemar makan buah-buahan tempatan. Ada rambutan, ada
durian, ada manggis, ada langsat, ada duku dan banyak lagi. -Ibu sediakan
bakul sampah. Letak semua sampah dalam bakul, jangan letak merata tempat.
Nanti rumah akan kotor dan bersepah. Alim, abang Imran, kak Madinah dan
Aisyah mengangguk tanda faham. -Alim
memberikan plastik tersebut kepada Sulaiman. Sulaiman tersenyum. Dia
mengucapkan terima kasih kepada Alim. Alim terus berlari semula mendapatkan
keluarga sambil tersenyum puas. Alim faham sifat berkongsi itu baik. Alim
juga faham abang Imran, kak Madinah, Aisyah juga akan berkongsi barang atau
makanan dengannya. |
Keluarga
saya |
-Di dalam
sebuah rumah kecil tinggal budak seorang lelaki berumur 9 tahun. Dia sedang
tersenym sambil memandang ke arah gambar di dinding.budak lelaki itu bernama
Alim. Dia mempunyai seorang bapa, ibu, abang, kakak dan adik perempuan.
Mereka keluarga yang penyayang. -Alim belajar
daripada Abang Imran dan Kak Madinah untuk menyapu sampah. Kak Madinah akan
menunjukkan cara memegang penyapu. Abang Imran pula akan menolong Alim
menunjukkan cara untuk menyapu sampah. -Kadangkala,
Alim gagal untuk menyiapkan kerja itu. Alim akan tinggalkan penyapu di
tengah-tengah rumah. Ibu akan memanggil semula Alim dan memujuk Alim
menyiapkan kerja. - Setiap hari,
Alim cuba memahami kerja seharian di rumah. Alim belajar untuk bersabar dan
rajin bekerja. Alim belajar untuk menolong ibu dan bapa. Alim belajar untuk
menolong abang dan kakak. Alim belajar untuk menolong adik perempuan di
rumah. |
Hati |
- Ibu telah
mengajar Alim sejak kecil lagi tentang cara pemakaian baju dan kasut sekolah,
membawa botol air serta bersalaman dengan ahli keluarga yang lain. Ibu juga
memastikan bahawa Alim tahu mengemas katil sebelum ke sekolah. Ibu
beranggapan bahawa Alim akan dapat lebih berdikari walaupun ibu tahu Alim
masih belum melakukannya dengan sempurna. - Cikgu Anis mengajar Alim tentang
aktiviti seperti mengenali jiran, cara menaiki bas, membeli barang di kedai
runcit dan membeli sayur dan ayam di pasar tani. Cikgu Anis membuat andaian
bahawa aktiviti sebegini dapat memberikan pendedahan kepada Alim. - Cikgu Anis juga memberikan kesedaran
tentang nilai menghormati orang tua dengan aktiviti pembelajaran seperti tunduk
apabila berjalan di hadapan orang tua. Aktiviti pembelajaran tentang nilai
menghormati orang tua menunjukkan bahawa Alim juga perlu melakukan sedemikian
jika bertemu orang tua lain selain guru sekolah. - Alim berkongsi kek cawan dengan rakan
yang lain. Rakan
yang
lain kelihatan gembira dengan kek cawan tersebut dan mengucapkan terima
kasih. Walaupun rakan-rakan yang lain berkemungkinan tidak faham akan makna
hari lahir, namun mereka telah didedahkan dengan ucapan terima kasih. |
Jiran |
- Alim berkongsi buku
dengan Sulaiman dan Sulaiman mengucapkan terima kasih setelah mendapat buku
tersebut. Persoalan timbul daripada pihak Sulaiman yang menginginkan
kepastian bahawa buku itu diberi oleh Alim ataupun dipinjamkan. Sulaiman
mungkin beranggapan bahawa buku itu hanya sekadar diberi pinjam. Namun
setelah mendapat jawapan, barulah Sulaiman faham buku itu diberikan
kepadanya. -Keadaan Alim yang tidak sihat dan jatuh
sakit membuatkan Abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah risau dan bimbang. Malah
mereka semua sedih dengan keadaan Alim yang kaku. Kemungkinan juga, adik
beradik Alim tertanya-tanya bilakah Alim akan sihat dan mengapakah Alim
selalu sakit. Mereka tidak pasti dengan keadaan sebegini. - Perbualan di atas menunjukkan Aisyah
keliru dengan keadaan Alim. Persoalan daripada Aisyah tentang keadaan Alim
memerlukan jawapan supaya mereka semua faham dengan keadaan Alim. Ahli
keluarga yakin bahawa Alim akan sembuh juga.
|
KEHADIRAN