Jumaat, 16 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 4-CERITA SOSIAL

RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.


Dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi oleh Normaliza Abd Rahim (2019) terdapat kajian wacana tekstual cerita sosial yang menganalisis lima cerita sosial yang bertajuk "Keluarga Saya", "Saya yang Istimewa", "Nenek dan Datuk", "Hati" dan "Jiran". Selain itu, terdapat beberapa maklumat yang diperoleh melalui kelima-lima cerita sosial ini antaranya:


1) Pembahagian Kata Kerja, Kata Adjektif, Kata Nama, Kata Ganti Nama, Kata Sendi, Kata Arahan dan Kata Tanya.


Bilangan

Cerita Sosial

Kata Kerja

Kata Adjektif

Kata

Nama

Kata Ganti Nama

Kata Sendi

Kata Arahan

Kata Tanya

Nenek dan Datuk

Pulang- 3

Tinggal-3

Bermain- 1

Bisik-1

Tanya-2

Menunjuk-1

Berjumpa-1

Kata-1

Ujar-1

Mengeluarkan- 1

Menangis- 8

Mengangkat- 1

Berjalan- 1

Membantu-1

Mengendahkan-1

Berdiri- 2

Menonton- 2

Menolong- 1

Melihat-1

Memujuk-1

Jumlah=34

Tidak Sabar-1

Puas-1

Hairan- 1

Keliru- 2

Marah - 1

Sedih- 3

Jumlah=9

Alim - 46

Nenek dan datuk- 14

Ibu- 3

Bapa- 3

Kak Madinah- 3

Abang Imran- 3

Aisyah- 3

Melaka- 1

Reban- 7

Ayam dan itik- 10

Kampung- 5

Rumah- 5

Jumlah=103

Mereka- 3

 

Jumlah=3

Di - 7

Dalam -1

Ke- 6

Akan- 9

Untuk- 9

Kepada- 2

Daripada- 1

Dari- 1

Antara-1

Jumlah= 37

Tolong- 2

Jumlah=2

Tiada

Saya yang Istimewa

Menolong- 1

Makan-4

Tanya-1

Berlari-2

Beli-1

Jerit-1

Membawa- 1

Membeli- 3

Panggil- 1

Melompat-lompat – 1

Berpesan-1

Berkongsi – 4

Menghulurkan-1

Mengasingkan- 1

Mengambil- 1

Memberikan- 1

Mengucapkan-1

Mengemas-1

Menyapu- 1

Memandang- 1

Menyapu-1

Jumlah=30

Gemar-1

Sedih- 3

Tersenyum- 2

Baik- 6

Bagus-1

Kotor-1

Puas-1

Jumlah=15

Alim - 27

Ibu- 14

Bapa- 9

Sulaiman- 10

Kak Madinah- 3

Abang Imran- 3

Aisyah- 3

Rumah- 5

Jiran- 2

Buah-buahan - 5

Buah rambutan- 2

Buah manggis- 4

Buah duku- 1

Buah langsat- 1

Buah durian - 1

Pasar tani- 1

Jumlah=31

Kita- 5

Kamu- 1

-nya – 4

Jumah=10

Akan- 2

Ke- 7

Di- 17

Untuk- 2

Dengan- 1

Dari- 3

Oleh- 1

Daripada- 2

Tentang- 1

Jumlah= 36

Tiada

Mengapa- 2

Apa- 1

Kenapa- 2

Jumlah= 5

Keluarga saya

Memandang-2

Bermain- 1

Membuat-1

Berjalan- 2

Menyimpan-1

Menolong- 6

Jawab-1

Mengutip-1

Seru-1

 Mengemas- 1

Menyimpan- 1

Menyapu- 2

Memegang- 2

Memujuk- 1

Belajar- 2

Bisik-1

Bersabar-1

Jumlah=25

Ketawa- 1

Resah-1

Tersenyum- 5

Baik- 1

Berjaya-1

Gagal-1

Rindu- 2

Penyayang- 1

Rajin- 2

Sabar- 1

Jumlah=16

Alim - 40

Ibu- 14

Bapa- 8

Kak Madinah- 3

Abang Imran- 3

Aisyah- 4

Jiran- 2

Rumah-4

Jumlah=78

Dia- 2

Saya- 9

Kami- 1

Mereka- 2

-nya – 2

Jumlah=16

Dari- 2

Di- 3

Dalam- 3

Akan- 2

Ke- 9

Kepada- 5

Untuk- 1

Dengan- 3

Jumlah= 28

Mari- 1

Jangan- 1

Jumlah= 2

Mana- 1

Kenapa- 1

Jumlah= 2

Hati

Membawa- 3

Berkongsi- 2

Beredar-1

Mengajar- 3

Memberikan- 1

Mengemas- 1

Menjual-1

Belajar- 1

Tunduk-1

Menyebut-1

Beritahu- 1

Mengusap-usap - 1

Memakai- 1

Memakan-1

Membeli-3

Membayar-2

Duduk-1

Jumlah=25

Rajin- 1

Pandai- 5

Bangga- 1

Suka- 1

Baik hati- 1

Jumlah=9

Alim - 42

Nenek- 1

Ibu-10

Rakan-3

Kelas-2

Orang tua-1

Bapa- 1

Kak Madinah- 1

Cikgu Anis-11

Abang Imran- 1

Aisyah- 1

Guru besar- 1

Rakan- 6

Sekolah 5

Jiran - 1

Kek cawan- 5

Sayur bayam- 1

Jumlah=93

Tiada

Ke- 7

Dengan- 6

Akan- 1

Untuk- 9

Di- 7

Tentang- 1

Kepada- 2

Seperti- 1

Jumlah= 34

Tiada

Bagaimana- 4

Jumlah= 4

Jiran

Mempunyai-1

Menyusun- 2

Mengemas- 1

Membaca- 3

Memberikan- 2

Berkongsi- 3

Mempunyai-1

Bersekolah-1

Menghulurkan-1

Membelek-belek-1

Beredar-1

Menangis- 3

Berdoa-1

Membawa- 2

Melihat-1

Merungut-1

Menemani-1

Bercerita-1

Mendiamkan-1

Melambai-lambai – 1

Jumlah=29

Sedih- 2

Tersenyum- 1

Gembira-1

Suka-1

Pemurah-2

Sakit-3

Sembuh-2

Sihat-2

Jumlah=14

Alim - 38

Ibu- 5

Bapa- 2

Kak Madinah- 4

Abang Imran- 6

Aisyah- 4

Sulaiman- 7

Klinik- 1

Jiran- 3

Buku- 10

Jumlah=80

Dia- 3

Saya- 1

Kamu- 1

Mereka- 5

-nya – 1

Jumlah=11

 

 

 

 

 

 

 

 

Oleh- 1

Akan- 7

Pada- 1

Dengan- 6

Kepada- 1

Di- 3

Tentang- 1

Ke- 3

Jumlah= 23

Tiada

Kenapa- 1

Jumlah= 1



















































































































2) Perbandingan antara Cerita Sosial "Keluarga Saya", "Saya yang Istimewa", "Nenek dan Datuk", "Hati" dan "Jiran".


Judul

Sinopsis

Nilai

Pengajaran

Nenek dan datuk

Alim dan keluarga sedang menuju ke destinasi iaitu rumah Nenek dan Datuk di Kajang. Dia sangat gembira untuk pulang ke kampung. Hal ini kerana di kampungnya di kajang mempunyai banyak ayam dan itik. Dia ingin bermain bersama-sama dengan itik dan ayam di kampung. Setelah 30 minit perjalanan, Alim sampai ke kampungnya. Dia mula mencari dan mendapati tiada ayam dan itik di kampungnya menyebabkan dia menangis.

Ibu, Bapa, Kakak Madinah dengan Abang Imran sibuk mengeluarkan bag dan mengangkat masuk barang peribadi mereka ke dalam rumah. Manakala Aisyah  sibuk mencari mainan yang tertinggal di celah-celah kerusi  di dalam kereta. Nenek dan Datuk yang melihat Alim menangis di tepi reban terus mereka mendapatkan Alim.

Alim menyangka bahawa semua ayam dan itik di dalam reban telah mati tetapi Datuk telah membuat reban baru kira-kira 50 meter dari reban lama. Apabila Alim melihat ayam dan itik berada di dalam reban baru Alim mula berhenti menangis dan tidak mengendahkan datuk dan neneknya.

Setelah melihat ayam dan itik, Alim mula masuk ke dalam rumah dengan keadaan pelik dan aneh kerana merasakan keadaan rumah nenek dan datuk lain daripada biasa. Ibu, Bapa, Datuk dan Nenek rasa sedih kerana Alim tidak seperti biasa. Dia kerap menangis setelah tiba di rumah. Namun, apabila pulang ke kampung, Alim sekeluarga lebih rapat.

Tolong menolong- Ibu, Bapa, Kakak Madinah serta Abang Imran membantu mengangkat barang-barang seperti beg, barang keperluan, baju dan sebagainya ke dalam rumah Datuk dan Nenek.

Rajin- Datuk sangat rajin kerana telah membina reban baru untuk ayam serta itik peliharaannya.

Kasih sayang- Datuk dan Nenek menenangkan Alim yang sedang menangis di tepi reban dan menenangkannya yang hairan dengan keadaan rumah Datuk dan Nenek sambil berjalan keliling rumah.

Mengeratkan Hubungan silaturahim- Kakak Madinah, Abang Imran, Aisyah serta Alim yang menonton televisyen cerita kartun sambil bergelak tawa.

 

 

-Kita mestilah bersangka baik dengan tidak memulakan andaian sebaliknya mencari jalan penyelesaian atau melihat sesuatu keadaan dengan sebaiknya.

-Kita mestilah sentiasa menyayangi ahli keluarga walau bagaimana pun keadaannya.

-Kita haruslah sentiasa membantu ibu bapa bagi meringankan beban mereka sedikit sebanyak.

 

Saya yang istimewa

Kisah saya yang istimewa mengisahkan kehidupan keluarga Alim. Saya yang istimewa  banyak memaparkan nilai sosial yang boleh dijadikan teladan kepada orang ramai. Kisahnya bermula dengan permintaan Alim yang ingin berkongsi buah-buahan yang dibelikan oleh bapanya kepada Sulaiman. Alim tersenyum gembira apabila Sulaiman mengucapkan terima kasih kepadanya. Nilai-nilai baik yang diterapkan oleh keluarga Alim kepadanya menjadikannya seorang anak yang istimewa kerana setiap perbuatannya memberi kesan yang baik kepada keluarga yang lain dan masyarakat disekelilingnya.

- Nilai bertanggungjawab dan penyayang . Contohnya, bapa Alim membawa pulang banyak buah-buahan kesukaan anak-anaknya seperti rambutan, durian , manggis dan sebagainya.

- Nilai berkongsi. Contohya, Ibu pernah mengajar Alim tentang nilai berkongsi sehingga Alim ingin berkongsi buah-buahan tersebut dengan jirannya Sulaiman. Alim masih ingat nasihat ibu bapa untuk berkongsi apa -apa juga makanan atau barang dengan orang lain.

- Nilai baik hati. Contonya, ibu mengatakan Alim seorang yang baik kerana mahu berkongsi dengan Sulaiman dan jelas terlihat melalui perbuatan Alim

- Nilai adil .Contoh, Bapa menyuruh Imran memanggil ibu dan adik-adiknya yang lain untuk menikmati buah-buahan bersama-sama.

-Nilai tolong -menolong. Contohnya,  Alim membantu membuang sampah ke dalam tong sampah besar di luar rumah

-Kita haruslah bertanggungjawab dan menyayangi keluarga. Hal ini jelas terlihat melalui watak bapa Alim yang membelikan buah-buahan kesukaan anak-anaknya.

- Kita perlulah berkongsi makanan atau barang dengan orang lain. Peristiwa ini berlaku melalui tindakan Alim yang memberi buah-buahan dalam plastik kepada Sulaiman.

 

Kita perlulah bersikap baik hati terutama kepada jiran tetangga. Hal ini dapat dilihat melalui sikap Alim yang berkongsi buah-buahan dengan jirannya Sulaiman.

Kita mestilah sikap adil dalam semua perkara. Sikap ini jelas terlihat melalui sikap bapa yang menyuruh Imran memanggil ibu dan adik -beradik yang lain untuk makan bersama supaya semua dapat menikmati bauh-buahan tersebut dengan adil

- Kita perlulah bersikap tolong-menolong antara satu sama lain. Sikap ini dilihat melalui watak Alim yang membantu ibunya membuang sampah ke dalam tong sampah besar di luar rumahnya.

Keluarga

Alim merupakan seorang budak lelaki istimewa yang berumur 9 tahun. Dia mempunyai bapa bernama Ismail, ibu bernama Kamilah, abang bernama Imran, kakak bernama Madinah dan adik perempuan bernama Aisyah. Keluarga Alim sentiasa memastikan Alim mengenali nama ahli keluarganya. Hal ini kerana ibu bapa Alim mahu Alim tahu dan boleh menyebut setiap nama dalam keluarga. Alim akan melihat ke arah setiap gambar di dinding rumahnya setiap hari. Selain itu, Alim juga suka menolong membuat kerja rumah. Hal ini kerana Alim sentiasa menolong ibu bapanya setiap hari. Alim diajar daripada kecil untuk mengemas permainan setelah bermain. Perkara ini turut diterapkan kepada adik Alim iaitu Aisyah diajar untuk mengemas setelah bermain. Ibu bapa Alim turut memberikan kata-kata motivasi kepada Alim. Seperti menyebut “Alim anak yang baik dan baik” dan “Alim suka tolong Adik”. Kata-kata pujian tersebut secara tidak langsung mengingatkan Alim supaya sentiasa membuat perkara yang baik. Alim juga mempunyai sikap sentiasa mahu belajar. Alim akan mempelajari sesuatu perbuataan itu daripada abang dan kakaknya. Seperti cara untuk menyapu sampah. Mereka tahu Alim adik istimewa dan perlu memberikan contoh teladan yang baik terlebih dahulu baru dia akan mengikutinya. Apabila Alim kelihatan resah dan kecewa ibu akan memujuknya. Pujukan ibu akan dapat membuatkan Alim berasa tenang dengan perbuatan ibu. Alim seorang kanak-kanak yang rajin, sentiasa mahu belajar dan dia juga seorang yang penyayang.

 

 

-Nilai Kasih Sayang

Keluarga Alim sentiasa menerapkan sejak awal lagi supaya setiap ahli keluarga dikenal dengan nama dan wajah mereka.

-Nilai Tolong Menolong

Kakak Madinah iaitu akak kepada Alim sentiasa menolong Alim dengan menunjukkan cara menyapu sampah dan abang Alim iaitu abang Imran pula menolong Alim dengan menunjukkan cara menyapu sampah.

-Nilai Kesabaran

Ibu sentiasa sabar dengan tingkah laku Alim sebagai anak istimewa. Ibu memberikan ruang untuk Alim mencuba pelbagai perkara baharu.

-Nilai Baik Hati, Bertanggungjawab dan Tolong Menolong.

Kakak Madinah dan Abang Imran mengetahui Alim seorang adik yang istimewa, mereka sentiasa memberikan contoh teladan yang baik kepada Alim.

 

 

-Kita mestilah menyayangi ahli keluarga kita. Walaupun Alim merupakan anak istimewa, ahli keluarganya sentiasa menyayanginya seperti kanak-kanak normal dan mengambil berat terhadap Alim.

-Kita haruslah prihatin terhadap masalah orang lain. Ibu sentiasa memujuk Alim sambil tersenyum apabila Alim gagal menyiapkan sesuatu perkerjaan. Ibu akan cuba sedaya upaya memujuk Alim menyiapkan kerja itu sehingga selesai.

 

Hati

Cerita Sosial 4 iaitu Hati menceritakan kisah seorang kanak-kanak iaitu Alim yang mempunyai hati yang bersih. Penceritaannya berlatarbelakangkan hari jadi kanak-kanak tersebut. Pada mulanya, ibu Alim menyediakan kek cawan untuk dibawa oleh Alim ke sekolah sebagai tanda merayakan ulang tahun nya. Ibu Alim juga mendoakan agar Alim menjadi manusia yang baik kerana dia tahu bahawa Alim akan belajar dengan rajin dan seorang yang pandai menjada dirinya. Setelah itu, penceritaan disambung dengan latar tempat di sekolah. Alim menceritakan perihal Cikgu Anis yang juga mempunyai hati yang baik terhadap pelajar-pelajarnya. Alim menyatakan bahawa Cikgu Anis banyak mengajar Alim untuk menjaga diri sendiri. Antaranya, Cikgu Anis mengajarkan untuk menaiki bas, membeli barang di kedai runcit dan pasar tani. Setelah itu, Alim mengagihkan kek cawan yang dibawanya kepada rakan sekelas dan sama-sama menikmati kek cawan tersebut. Akhir cerita, Alim menyatakan bahawa dia akan menunggu arahan dari Cikgu Anis untuk belajar.

-Nilai kasih sayang. Ibu Alim menonjolkan nilai kasih sayang apabila dia membuat kek cawan untuk Alim. Tambahan pula, kasih sayang yang ditunjukkan semasa ibunya mengucapkan selamat hari lahir kepada Alim.

 

-Nilai kebersihan. Alim menjaga kebersihan dan kekemasan diri apabila dia sentiasa mengemas katil sebelum ke sekolah, memakai baju dan kasut sekolah tanpa bantuan ibunya.

 

-Nilai berkongsi. Sikap Alim yang suka berkongsi kek cawan dengan rakan serta gurunya di sekolah.

 

-Nilai penyayang yang ditunjukkan oleh Cikgu Anis. Cikgu Anis mengajarkan Alim untuk berdikari di samping menyantuni orang tua.

 

-Nilai berterima kasih.

Alim sering mengucapkan terima kasih kepada ibunya apabila diucapkan selamat hari lahir. Di samping itu, rakan-rakan Alim juga mengucapkan terima kasih apabila menerima kek cawan.

Kita seharusnya mempunyai sikap yang baik dan menghargai jasa guru. Hal ini kerana, guru adalah seorang yang mengajarkan kita tentang pembelajaran dan juga kehidupan.

 

Kita perlulah pandai menjaga diri. Sekiranya kita dapat menjaga diri sendiri, maka kita tidak akan menyusahkan orang lain di samping dapat menyenangkan hati orang di sekeliling.

 

Kita juga haruslah mempunyai rasa tanggungjawab. Sikap bertanggungjawab ditonjolkan oleh Alim dan Cikgu Anis dimana Alim bertanggungjawab untuk menguruskan diri sendiri manakala Cikgu Anis bertanggungjawab memberikan didikan kepada pelajarnya.

 

KIta sepatutnya mempunyai sikap suka berkongsi. Hal ini kerana, sikap berkongsi yang diamalkan akan memberikan kesenangan kepada orang sekeliling untuk bergaul dengan kita.

Jiran

Cerita Sosial 5 iaitu Jiran mengisahkan tentang Alim yang mempunyai sikap suka akan membaca. Alim amat suka menyusun dan mengemas buku-buku yang dihadiahkan oleh bapa, ibu, abang dan kakaknya. Selain itu, Alim juga suka berkongsi bukunya dengan jiran sebelah iaitu Sulaiman. Sulaiman merupakan jiran sebelah rumahnya yang begitu rapat dengan keluarga Alim. Pada kemuncak cerita, Alim mengalami sakit yang mengakibatkan badannya panas dan tidak bermaya. Semasa Alim sakit, dia tidak dapat membaca buku ceritanya lagi dan tidak akan bercakap serta merungut kepada ibu bapanya. Setelah itu, Alim kembali sihat dan dapat membaca buku bersama adik beradiknya semula. Sulaiman juga sedikit sebanyak mengambil berat terhadap Alim apabila Sulaiman menjenguknya melalui pagar rumah mereka.

-Nilai suka membaca yang ditonjolkan oleh Alim, abang, kakak dan Sulaiman. Sikap membaca amat bagus untuk kanak-kanak bagi menambahkan ilmu pengetahuan.

 

-Nilai suka memberi. Alim amat suka memberi dan berkongsi barangannya dengan adik beradik serta jirannya. Hal ini dapat memupuk sikap bertimbang rasa dalam diri Alim.

 

-Nilai suka akan kekemasan. Alim menyatakan bahawa dia sering menyusun dan mengemas buku-bukunya mengikut adjab setiap hari.

 

Nilai mengambil berat. Nilai ini ditunjukkan melalui watak ahli keluarga Alim yang mengambil berat apabila Alim jatuh sakit. Mereka amat risau dengan keadaan Alim dan menjaganya sehingga sembuh.

Nilai jiran yang prihatin. Sulaiman menunjukkan sikap prihatin terhadap Alim apabila Alim jatuh sakit. Dia juga sering menjenguk Alim melalui pintu pagar rumahnya.

Kita perlulah mempunyai sikap suka akan membaca. Hal ini kerana, membaca adalah satu amalan yang mulia disamping dapat menambahkan ilmu pengetahuan.

 

Kita seharusnya menjadi pemurah dengan orang disekeliling. Sekiranya kita suka akan berkongsi barangan atau makanan kepada orang lain, maka mereka juga akan berbuat demikian terhadap kita.

 

Kita juga sepatutnya menjadi jiran yang baik dan prihatin terhadap jiran-jiran disekeliling. Hal ini kerana, jiran boleh dianggap sebagai keluarga terdekat yang kita dapat tolong dan meminta tolong sekiranya diperlukan.


3) Kandungan, Konteks dan Andaian dalam Cerita Sosial


Kandungan

Judul

Teks

Tema

Sampel/Bahan

Jenis

Nenek dan Datuk

Cerita pendek

Kekeluargaan

Nenek, datuk, ibu, bapa, Imran, Madinah, Aisyah, Alim

Penceritaan

Saya yang Istimewa

Cerita pendek

kekeluargaan

Nenek, datuk, ibu, bapa, Imran, Madinah, Aisyah, Alim

Penceritaan

Keluarga

Cerita pendek

Kekeluargaan

Ibu, bapa, Imran, Madinah, Aisyah, Alim

Penceritaan

Hati

Cerita pendek

Kemasyarakatan

Ibu, cikgu, Alim, rakan-rakan

Penceritaan

Jiran

Cerita pendek

Kejiranan

Ibu, Madinah, Imran, Aisyah, Sulaiman, Alim

Penceritaan


Konteks

 

Judul

 

 

Tatabahasa

 

Latar

 

Emosi

 

Nenek dan Datuk

 

Penggunaan kata dan ayat yang mudah dan sesuai untuk semua termasuk kanak-kanak istimewa

 

 

Kampung nenek dan datuk

 

Gembira, rindu, sedih, marah, keliru, puas hati

 

Saya yang Istimewa

 

Penggunaan kata dan ayat yang mudah dan sesuai untuk semua termasuk kanak-kanak istimewa.

 

 

Rumah ibu dan bapa

 

Gembira, puas hati, sedih

 

Keluarga

 

Penggunaan kata dan ayat yang mudah dan sesuai untuk semua termasuk kanak-kanak istimewa.

 

 

Rumah dan Ibu Bapa

 

Gembira, resah

 

Hati

 

Penggunaan kata dan ayat yang mudah dan sesuai untuk semua termasuk kanak-kanak istimewa.

 

 

Sekolah, rumah, jiran

 

Gembira

 

Jiran

 

Penggunaan kata dan ayat yang mudah dan sesuai untuk semua termasuk kanak-kanak istimewa.

 

 

Rumah ibu bapa dan jiran

 

Gembira, simpati, ambil berat dan sedih


Andaian

 

Judul

 

 

Andaian dalam Cerita Sosial

 

Nenek dan Datuk

 

-Nenek dan datuk terkejut melihat Alim menangis. Ini berkemungkinan sebelum ini nenek dan datuk tidak pernah melihat Alim menangis dan marah. Nenek dan datuk juga sedih melihat Alim menangis.

- Perbualan antara Alim dan nenek serta datuknya menunjukkan bahawa terdapat persoalan dan perujukan. Soalan pertama yang ditanya oleh nenek dan datuk jelas menunjukkan bahawa mereka ingin kepastian tentang mengapa Alim menangis? Mungkin mereka beranggapan Alim sakit atau lapar. Setelah mendapat jawapan, barulah mereka faham mengapa Alim begitu.

-Alim masih tidak faham dan sedih dan mengandaikan bahawa ayam dan itik sudah mati. Hal ini menunjukkan bahawa Alim sangat sayang akan binatang. Setelah Alim mendapat jawapan tentang ayam dan itik, dia kelihatan gembira semula.

-Alim kelihatan keliru apabila melihat keadaan rumah nenek dan datuk yang lain daripada biasa. Watak nenek menunjukkan bahawa nenek seorang yang lemah lembut dan penyayang apabila dia memujuk Alim  dengan bercerita secara terperinci tentang perabot di rumah itu. Hal ini berkemungkinan kerana suara nenek yang lembut mampu menenangkan Alim.

 

 

Saya yang Istimewa

 

-Pada hari Ahad yang lalu, bapa Alim membawa pulang banyak buah-buahan. Bapa telah membeli buah-buahan dari pasar tani. Bapa tahu, Alim, abang Imran, kak Madinah dan Aisyah gemar makan buah-buahan tempatan. Ada rambutan, ada durian, ada manggis, ada langsat, ada duku dan banyak lagi.

 

-Ibu sediakan bakul sampah. Letak semua sampah dalam bakul, jangan letak merata tempat. Nanti rumah akan kotor dan bersepah. Alim, abang Imran, kak Madinah dan Aisyah mengangguk tanda faham.

 

 

-Alim memberikan plastik tersebut kepada Sulaiman. Sulaiman tersenyum. Dia mengucapkan terima kasih kepada Alim. Alim terus berlari semula mendapatkan keluarga sambil tersenyum puas. Alim faham sifat berkongsi itu baik. Alim juga faham abang Imran, kak Madinah, Aisyah juga akan berkongsi barang atau makanan dengannya.

 

Keluarga saya

 

-Di dalam sebuah rumah kecil tinggal budak seorang lelaki berumur 9 tahun. Dia sedang tersenym sambil memandang ke arah gambar di dinding.budak lelaki itu bernama Alim. Dia mempunyai seorang bapa, ibu, abang, kakak dan adik perempuan. Mereka keluarga yang penyayang.

 

-Alim belajar daripada Abang Imran dan Kak Madinah untuk menyapu sampah. Kak Madinah akan menunjukkan cara memegang penyapu. Abang Imran pula akan menolong Alim menunjukkan cara untuk menyapu sampah.

 

-Kadangkala, Alim gagal untuk menyiapkan kerja itu. Alim akan tinggalkan penyapu di tengah-tengah rumah. Ibu akan memanggil semula Alim dan memujuk Alim menyiapkan kerja.

 

- Setiap hari, Alim cuba memahami kerja seharian di rumah. Alim belajar untuk bersabar dan rajin bekerja. Alim belajar untuk menolong ibu dan bapa. Alim belajar untuk menolong abang dan kakak. Alim belajar untuk menolong adik perempuan di rumah.

 

 

Hati

 

- Ibu telah mengajar Alim sejak kecil lagi tentang cara pemakaian baju dan kasut sekolah, membawa botol air serta bersalaman dengan ahli keluarga yang lain. Ibu juga memastikan bahawa Alim tahu mengemas katil sebelum ke sekolah. Ibu beranggapan bahawa Alim akan dapat lebih berdikari walaupun ibu tahu Alim masih belum melakukannya dengan sempurna.

- Cikgu Anis mengajar Alim tentang aktiviti seperti mengenali jiran, cara menaiki bas, membeli barang di kedai runcit dan membeli sayur dan ayam di pasar tani. Cikgu Anis membuat andaian bahawa aktiviti sebegini dapat memberikan pendedahan kepada Alim.

 

- Cikgu Anis juga memberikan kesedaran tentang nilai menghormati orang tua dengan aktiviti pembelajaran seperti tunduk apabila berjalan di hadapan orang tua. Aktiviti pembelajaran tentang nilai menghormati orang tua menunjukkan bahawa Alim juga perlu melakukan sedemikian jika bertemu orang tua lain selain guru sekolah.

- Alim berkongsi kek cawan dengan rakan yang lain. Rakan yang lain kelihatan gembira dengan kek cawan tersebut dan mengucapkan terima kasih. Walaupun rakan-rakan yang lain berkemungkinan tidak faham akan makna hari lahir, namun mereka telah didedahkan dengan ucapan terima kasih.

 

Jiran

 

- Alim berkongsi buku dengan Sulaiman dan Sulaiman mengucapkan terima kasih setelah mendapat buku tersebut. Persoalan timbul daripada pihak Sulaiman yang menginginkan kepastian bahawa buku itu diberi oleh Alim ataupun dipinjamkan. Sulaiman mungkin beranggapan bahawa buku itu hanya sekadar diberi pinjam. Namun setelah mendapat jawapan, barulah Sulaiman faham buku itu diberikan kepadanya.

-Keadaan Alim yang tidak sihat dan jatuh sakit membuatkan Abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah risau dan bimbang. Malah mereka semua sedih dengan keadaan Alim yang kaku. Kemungkinan juga, adik beradik Alim tertanya-tanya bilakah Alim akan sihat dan mengapakah Alim selalu sakit. Mereka tidak pasti dengan keadaan sebegini.

- Perbualan di atas menunjukkan Aisyah keliru dengan keadaan Alim. Persoalan daripada Aisyah tentang keadaan Alim memerlukan jawapan supaya mereka semua faham dengan keadaan Alim. Ahli keluarga yakin bahawa Alim akan sembuh juga.

 



KEHADIRAN





Khamis, 15 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 4-PETA MINDA ASAS FOTOGRAFI

RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia


ASAS FOTOGRAFI terbahagi kepada sembilan iaitu:

1) Long Shot


2) Medium Shot




3) Pemandangan




4) Siluet




5) Pendua




6) Portrait




7) Kabur




8) Over the Shoulder




9) Bird's Eye View

BBM3410-2021-MINGGU 4-ASAS FOTOGRAFI-BIRD'S EYE VIEW

RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia

💕 BIRD'S EYE VIEW 💕

Bird's eye view ialah gambar yang diambil dengan posisi kamera yang lebih tinggi dari objek yang diambil. Bagi jurufoto yang profesional, gambar bird's eye view dapat diambil menggunakan teknologi "drone" yang mampu terbang tinggi. 


Contoh gambar bird's eye view beserta draf:

1)



Gambar dari pandangan atas yang menampakkan pokok dibawah. Tambahan pula, kereta, bangunan dan bukit dapat dilihat dari sudut pandangan atas ini.



2)


Pandangan mata burung yang dapat diambil di latar jalan raya.


3)



Pemandangan yang diambil di atas lebuh raya yang menampakkan keadaan disekitar kawasan dibawah lebuh raya tersebut.





KEHADIRAN 12 APRIL 2021

BBM3410-2021-MINGGU 4-ASAS FOTOGRAFI-OVER THE SHOULDER

RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. 

💣 OVER THE SHOULDER 💣

Over the shoulder bermaksud gambar yang diambil pada posisi kamera di belakang bahu seseorang dan hanya bahunya kelihatan dalam gambar tersebut. Namun begitu, bahu itu bukanlah objek utama, tetapi objek utama ialah seseorang yang menghadap mukanya di hadapan kamera yang berlatarbelakangkan bahu objek kedua tadi.


Contoh gambar over the shoulder beserta draf:

1)


MODEL: Siti Miasarah dan Aniq Fatra

Model budak perempuan yang menjadi objek utama manakala bahu model budak lelaki menjadi objek kedua.



2)

MODEL: Aniq Fatra dan Siti Miasarah

Objek utama bagi gambar di atas ialah budak lelaki manakala bahu objek kedua ialah budak perempuan. Sudut over shoulder juga berubah.



3)

MODEL: Intan Nur Azriena dan Badarizal

Over the shoulder yang menampakkan sisi bahu model kedua dan bahagian kepala model pertama.






KEHADIRAN 12 APRIL 2021

BBM3410-2021-MINGGU 4-ASAS FOTOGRAFI-PENDUA

RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. 

👀 PENDUA 👀

Pendua ialah gambar yang diambil dengan pantulan daripada air, cermin atau bayang-bayang. Pantulan ini akan menghasilkan dua gambar atau bentuk yang sama yang dikenali sebagai pendua.


Contoh gambar pendua beserta draf:

A) Pendua dari cermin

1)



Ilustrasi pendua di atas dapat dikenal pasti melalui garisan cermin di tengah-tengah gambar.


2)

MODEL: Nur Melati Izara

Pendua cermin yang memberikan pantulan wajah seseorang.



B) Pendua dari air

1)

MODEL: Masjid Terapung Kuala Ibai

Pantulan air yang menampakkan seluruh bentuk masjid dan kawasan disekeliling masjid.



2)


Pendua dari air yang menghasilkan pendua cahaya matahari.



C) Pendua dari bayang-bayang

1)

MODEL: Muhd Aniq Fatra

Bayang-bayang model di atas terpantul apabila matahari berada pada sudut 160 darjah.



2)

MODEL: Bola

Pendua bayang-bayang objek bola di atas terpantul apabila menggunakan sumber cahaya semula jadi iaitu cahaya matahari.





KEHADIRAN 12 APRIL 2021

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARNA 7. ASA...