Khamis, 25 Mac 2021

BBM3410-2021-MINGGU 1B

RUJUKAN: Normaliza Abd rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. kuala Nerus: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.


Dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi karya Normaliza Abd Rahim (2019), terdapat Cerita Sosial 1 yang bertajuk Nenek dan Datuk. Cerita Sosial 1 ini dapat dilihat melalui teknik penceritaan yang menarik. Terdapat watak, latar dan emosi yang sempurna ditonjolkan oleh pengkarya bagi menghasilkan sebuah penulisan penceritaan yang menarik.

Dari segi watak, dapat dilihat melalui watak:

Alim

Watak utama. Mungkin dalam lingkungan kanak-kanak kerana dia suka bermain

Datuk

Ayah kepada Ibu Alim kerana datuk sebelah ibu Alim tinggal di Kajang

Nenek

Ibu kepada Ibu Alim kerana nenek sebelah ibu Alim tinggal di Kajang

Abang Imran

Abang kepada Alim

Kak Madinah

Kakak kepada Alim

Aisyah

Adik kepada Alim kerana tiada panggilan kakak.

Bapa

Ayah kepada Alim

Ibu

Ibu kepada Alim dan anak kepada Datuk dan Nenek




Dari segi latar pula dapat dilihat melalui latar:

Latar Masa

Menunjukkan hari: “Hari ini Alim dan keluarga akan pulang ke kampung.”

Menunjukkan tempoh: “Setelah 30 minit perjalanan, …”

Latar Tempat

Kajang: Rumah datuk dan nenek

Reban ayam dan itik

Di ruang tamu

Dari dapur

Latar Masyarakat

Masyarakat yang mengambil berat terhadap ibu bapa di kampung

Masyarakat yang tidak lupakan kampung halaman

Masyarakat yang suka akan alam semula jadi

Masyarakat yang berkembang sejajar dengan peredaran masa


Seterusnya, emosi yang ditonjolkan dapat menarik perhatian pembaca seperti:

Teruja

Alim dan keluarganya teruja untuk pulang ke kampung halaman datuk dan nenek sebelah ibunya di Kajang.

 

Alim juga teruja untuk melihat reban ayam dan itik di kampung.

Sedih

Alim sedih setelah melihat reban ayam dan itik yang disukainya tiada.

 

Alim juga sedih setelah melihat rumah datuk dan neneknya berubah.

Keliru

Alim berasa keliru kerana dia melihat rumah datuk dan neneknya lain daripada sebelum ini.

Gembira

Setelah Alim tahu di mana reban ayam dan itik yang baru terletak, dia berasa gembira.

 

Alim juga gembira kerana suasana kampug yang berlainan daripada biasa dapat membuatkan keluarga Alim lebih rapat.


 

BBM3410-2021-MINGGU 1A

Assalamualaikum dan hai!!! Ni first time saya belajar buat blog tau dan ini adalah tugasan kerja kursus saya. Harap-harap saya istiqomah lah buat blog selalu hahaha. Pertamanya, saya Intan Nur Azriena, bernombor matrik 203966 dan boleh panggil saya Intan. Nak lagi extra, panggil Intan permata pun tak apa hahaha. Saya merupakan pelajar tahun 2 Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu) di Universiti Putra Malaysia. Sepanjang 2 tahun belajar di UPM ni, overall semuanya seronok. Tapi yang tak seronoknya bila COVID-19 ni datang menyerang. Masa mula-mula semester 3, saya rasa macam nak gila!! Kesnya apa lagi, online class lah. Tambah-tambah sem 3 tu macam rushing dan terlalu banyak assignment yang perlu disiapkan. Bukan saya je yang rasa macam ni, confirm semua student universiti rasa terbeban sangat dengan online class. Aduh aduh aduh!

Okay, kita sambung balik. Hahaha. Saya berasal dari negeri Pantai Timur iaitu Terengganu. Saya juga menetap di Kampung Losong, Kuala Terengganu. Haaaaaaaa mesti teringat keropok lekor losong kan??? Sedapnyaa makan keropok tepi Pantai Batu Buruk haha! Di Terengganu pun ada jambatan "London" tau. Cantik sangat pemandangan jambatan bila dilimpahi lampu warna-warni pada malam hari. 

Pada mulanya, saya menulis blog ini atas keperluan assignment kursus Multimedia dalam Bahasa. Tapi, nak dijadikan cerita, pada hari saya menulis blog ini, macam-macam dugaan yang saya kena tempuhi. Mula-mula, masalah wayar laptop saya tercabut. Masa ni nak menangis pun ada sebab tak tahu nak baiki macam mana. Sekarang ni, saya berada di Cyber Cafe hahahaha! Rasanya ni jelah jalan terbaik untuk saya siapkan tugasan ni. Masalah kedua, saya perlu menaiki bas untuk ke Kuala Lumpur pukul 1:30 petang nanti!! Kalau saya tak datang ke Cyber Cafe ni, confirm saya tak boleh nak share cerita saya dekat kamu semua kan? Marilah kita menangisi nasib saya huhu. Tapi tak apalah,semua boleh diatur bak kata orang "Mission Possible". Nanti nak naik bas, confirm terkejar-kejar ni haha. 


                        Inilah seketul Intan Nur Azriena yang tak berapa nak permata sangat.



SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARNA 7. ASA...